Ustaz Ramlang Ditukar Ke Jakim

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.

Ustaz Ramlang PorigiSurat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu – dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh – meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.

“Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.

“Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang),” katanya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.

Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.

Sebelum itu siasatan terhadap Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berlangsung selama dua hari.

Pada hari kedua siasatan, imam muda kelahiran Sabah itu bertemu seorang “pengarah” di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai pertemuan itu.

“Dalam keadaan sebegini saya rasa tidak sesuailah saya beri sebarang ulasan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 24 Ogos lalu, beliau mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendakwa diarahkan “orang atasannya” supaya hadir dalam majlis itu.

Manakala pada 27 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan berkata, akan mengambil tindakan terhadap Ramlang jika didapati berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang mengesahkan ada bertemu ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pada hari pertama siasatan seperti dimaklumkan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Abdul Malek Salleh.

Ditanya, apakah yang berlaku dalam pertemuan itu, beliau hanya berkata “tiada apa-apa”.

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
—————————————————–

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.

Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.

Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?

bersambung di http://patek1472.wordpress.com

saya percaya Isu Menumpang ini ada motif di sebaliknya…

lihatlah ni…

Kenapa Ahmad Berani Ingkari Arahan

Rakyat Malaysia!
Jangan Terpengaruh dengan taktik MEREKA!!!

PERPADUAN ADALAH TERAS KEJAYAAN!!!

Malaysia ni ibarat “suami”..,Umno pulak ibarat “isteri”,malaysia boleh kawin lagi,jadi umno kena jaga tingkah laku..jangan sampai kena talak,jangan asyik shok sendiri,shopping dan berpersatuan aje..,anak-anak kat rumah (rakyat)kena lihat..

Leave a comment

(required)

(required)