UMNO United Malays National Organization

Satu perhimpunan yang dikenali sebagai Kongres Melayu SeMalaya telah dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946. Berbagai pertubuhan Melayu telah menghantar wakil ke perhimpunan tersebut.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Di Kongres tersebut sebanyak tiga usul telah diluluskan iaitu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Pada 1 April 1946 Kerajaan British telah mengistiharkan kewujudan Malayan Union walaupun ada bangkangan dari orang Melayu. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu telah terus menentang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union.

Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu SeMalaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Pakatan pertama UMNO dan MCA telah bermula semasa usaha menghadapi piliharaya Perbandaran Kuala Lumpur pada Januari 1952. Manakala pakatan dengan MIC pula bermula pada April 1955 selepas satu perhimpunan khas ahli-ahli parti MIC bersetuju untuk bersama-sama UMNO. Maka dengan rasmi gabungan UMNO, MCA dan MIC telah dikenali sebagai Perikatan. Pilihanraya Persekutuan telah diadakan pada 27 Julai 1955 dan Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan beberapa orang lain telah bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan pada 1 Januari 1956. Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

Pada pertengahan tahun 1974 UMNO telah berbincang dengan parti-parti kerajaan campuran untuk pelaksanaan konsep ‘Barisan Nasional’ dan pada pertengahan tahun yang sama secara rasmi Barisan Nasional telah menggantikan Perikatan. Barisan Nasional kekal sebagai gabungan parti politik yang berjaya memenangi kesemua pilihanraya untuk membentuk kerajaan pusat sehingga ke hari ini.

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)