Ujian HIV Wajib Untuk Bakal Pengantin

Mulai tahun depan, semua bakal pengantin di seluruh negara diwajibkan menjalani ujian saringan virus HIV, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di Parlimen hari ini berkata saringan itu sebahagian daripada kursus praperkahwinan.

Menurut Bernama, langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan trend peningkatan.

“Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus praperkahwinan,” beliau dipetik berkata.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.

Negeri-negeri yang telah mewajibkan saringan HIV termasuklah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Najib turut melahirkan kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan HIV pada wanita akibat hubungan seks secara biasa.

Tahun 1997 mencatatkan peningkatan sebanyak 5.02 peratus dan jumlah itu terus meningkat kepada 16.3 peratus pada tahun lepas.

Dalam sidang media yang sama, Mohd Najib berkata kadar peratusan jangkitan HIV di negara ini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sejak 2003.

Jumlah kes lima tahun yang direkodkan sebanyak 6,756 jangkitan HIV telah menurun kepada 3,452 kes tahun ini.

Beliau menambah, antara faktor terbesar yang menyumbang kepada penurunan jumlah kes itu termasuk Program Pengurangan Mudarat.

Program itu akan diteruskan untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang 2015 berbanding 12.8 kes bagi 100,000 penduduk pada masa kini.

Jumlah jangkitan HIV setakat ini sebanyak 83,527 termasuk 14,317 pesakit Aids serta 12,425 orang meninggal dunia, katanya.

Najib berkata Aids masih merupakan ancaman yang serius di negara ini, lapor agensi berita itu lagi.

“Mengikut perangkaan Program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/Aids (UNAIDS), Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara wabak tertumpu, maknanya dalam kumpulan-kumpulan tertentu, kumpulan berisiko tinggi.

“Terdapat fenomena yang boleh disabitkan dengan wabak tertumpu,” katanya.

Katanya mesyuarat hari ini turut memberi fokus kepada kumpulan berisiko tinggi dengan Kementerian Kesihatan akan mengambil pendekatan untuk mendekati kumpulan itu dalam usaha mengurangkan Aids.

Sumber: Bernama

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)