Tiga Timbalan Menteri Baru Dilantik

MaznahPerdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baru. Tiga jawatan ini telah kosong akibat pengunduran Datuk Abdul Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Ini akan melengkapkan semula senarai kabinet yang diumumkan pada 18 Mac yang lalu.

LazimPeletakan jawatan Abdul Ghapur adalah difahamkan kerana tidak mahu terikat dengan tugas sebagai timbalan menteri sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada penduduk di Kalabakan dan keluarga. Manakala Datuk Anifah Aman dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar memberi alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Abdul RahimTiga jawatan timbalan menteri ini akan disi oleh dua Ahli Parlimen dari Sabah iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin Timbalan Menteri Pengangkutan. Manakala Exco Pahang, Datuk Maznah Mazlan pula sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Datuk Maznah akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebelum mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri. Beliau yang juga ketua Wanita Umno Pahang, akan melepaskan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Pahang. Datuk Maznah juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah di Pahang.

Sementara itu Datuk Abdul Rahim Bakri adalah Ahli Parlimen Kudat dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin adalah Ahli Parlimen Beafort di Sabah.

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)