Teresa Kok Dibebaskan Daripada ISA

Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu. Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Teresa KokBeliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.
Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Bebas daripada tahanan ISA tidak bererti bebas daripada kemarahan orang Melayu kerana ketepikan tulisan Jawi di papan tanda – satu kesalahan yang amat serius. Kalau nak perjuangkan citra Cina tidak ada yang larang silakan, tetapi lakukannya di negara China dan bukan di sini. Sepatutnya sebagai rakyat/bangsa Malaysia, perjuangkanlah citra kebangsaan Malaysia dan bukan kebangsaan asing. Memang diani penganut fahaman kaum dan bangsa yang sempit dan tidak bertempat.

Belaga Lok,

Cakap kena melihat fakta,apa fakta untuk ketepikan bangsa cina dimalaysia..,mereka memang ada hak untuk bersuara.Yang salahnya bukan mereka tetapi kita orang melayu sendiri..ini kolam kita, kenapa kita gagal berenang dalam kolam kita sendiri…?

Leave a comment

(required)

(required)