Teresa Kok Dakwa Utusan Menfitnah

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok – yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Teresa KokBeliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Teresa hari ini melalui peguamnya Sankara Nair turut menuntut akhbar milik Umno itu agar tidak mengulangi kata-kata, tuduhan dan komen yang dibuat seperti dalam kolum ‘Cuit’ itu.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya‘ (babi) yang menyebut “seorang YB wanita DAP yang berkaca mata” menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Artikel Zaini Hassan itu mengulas kenyataan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan berkata ”ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”, dua hari sebelumnya dalam akhbar yang sama.

Menurut surat tuntutan itu, artikel tulisan pengarang kanan akhbar itu didakwa menggambarkan Teresa sebagai “bersifat perkauman, fanatik agama, tidak boleh dipercayai, ahli politik yang teruk, tidak boleh bertolak ansur, tidak berprinsip serta menentang Melayu dan Islam.”

Surat itu yang dihantar petang tadi itu juga menyebut penyiaran artikel itu mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan, diejek dan dipandang rendah.

Siaran artikel berkenaan, menurut surat itu lagi, pada prinsipnya dibuat untuk mencari publisiti murahan dan sensasi dan menyebabkan kerosakan serius pada nama baik dan perwatakannya.

Akhbar itu diberikan masa 24 jam untuk mengemukakan jawapannya sebelum dikenakan tindakan saman fitnah.

Persoalan berkenaan wajarkah YB Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri atau Internal Security Act (ISA) boleh diungkap di Teresa Kok Is Innocent dan beberapa siri penulisan berikut, A Shocking Find. Teresa Kok Not Guilty. PART 1, PART 2, PART 3 dan PART 4.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

if this komunis theresa is still on the loose, country will become chaos of her, let us stand on ISA and make this DAP bitch stay long time behind bars, maybe we should do the petitions of STAND ON ISA.

Malaysia is a multyracials country,and that multyracial is holding on act and thought,” don’t touch other peoples feeling,and the main no. 1 is don’t talk /touch on other peoples religion.If you didn’t do that you can have everything on this malaysian soil,but if you do otherwise,any govermant in this world (not just malaysia)will put you in a very difficult situation,believe me..don’t be stupid.., learn quick.

Kalau dah nak ketepikan tulisan Jawi dan nak naikkan bahasa tulisan kaum pendatang memanglah perkauman. Ini dah libatkan penghinaan kepada Melayu. Kerana tulisan Jawi merupakan warisan budaya bangsa dan negara Melayu ini. Ini rantau Melayu. Alam Melayu.Siapa yang perlu tuntut saman malu. Bagaimana seorang pemimpin tidak memahami perkaitan dalam hal ini.Ini satu bonus untuk Melayu angkat martabat tulisan Jawi di persada negara. Siapa mereka nak pertikai hak Melayu, di negara ini.

Tanpa menafikan kepelbagaian kaum tidak bererti setiap kaum bebas bertindak tanpa ada batas dan had. Hak dan had ini yang perlu jelas. Kerana keberadaan status tertentu itulah perlu diakui dan dihormati. Bahasa Melayu bahasa rasmi, bahasa lain-tidak. Islam agama Persekutuan, agama lain-tidak. Melayu bangsa negara, bangsa lain-tidak. Bangsa lain hanya bertaraf kaum (bukan bangsa)dari sudut kenegaraan di sini.Kebudayaan Cina didukung di China, kebudayaan India didukung di India…

Leave a comment

(required)

(required)