Tengku Arah Manohara Balik Malaysia

Tengku Temenggong Kelantan hari ini mengarahkan isterinya Manohara Odelia Pinot – yang lari ke Jakarta sejak 1 Jun – supaya kembali ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini.

Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mengarah Manohara taat dan kembali ke pangkuannya sebagai suami yang sah di sisi hukum syarak.

Beliau juga mengarahkan Manohara menjalankan tanggungjawabnya sebagai isterinya dan tugasnya sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh undang-undang.

“Sekiranya isteri saya tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2 Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sini hukum syarak dan undang-undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas,” katanya dalam satu kenyataan media khas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang difakskan kepada media petang ini.

Sejak kembali bersama ibunya di republik itu, Manohara melemparkan tuduhan-tuduhan serius terhadap suaminya dan membuat aduan polis, termasuk terhadap Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan.

Cik Puan Temenggong Kelantan juga mula berlakon dalam diri drama untuk televisyen di Indonesia.

Tuduhan-tuduhan itu termasuk mendera dan menculik semuanya dinafikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, malah membuat aduan polis balas terhadap Manohara.

Sumber : MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)