Tangkapan ISA: Teresa Kok Dan Wartawan Sin Chew Daily

Teresa Kok ahli Parlimen Seputeh DAP telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada kira-kira jam 11.18 semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Teresa KokBeliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur. Kenderaan yang dinaiki oleh Teresa yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP dihalang oleh tiga kereta peronda polis bersama 10 anggota di pintu masuk kondominiumnya.

Penahanan Teresa Kok dikaitkan dengan isu melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya serta menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris. Kok bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Berita berkenaan isu azan ini boleh dibaca di MalayaiaKini di bawah tajuk Masjid Kinrara Guna Pembesar Suara Seperti Biasa, Penduduk Bukan Islam Tidak Bantah Laungan Azan, Khir Toyo: Biar polis siasat, Isu Azan: Laporan Polis Terhadap Khir Toyo dan Dr Mariah dakwa isu kaum ‘permainan politik Umno’.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon ChengOrang kedua yang ditahan dibawah ISA adalah wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan merupakan wartawan yang melaporkan kenyataan Datuk Ahmad Ismail ketua Umno Bukit Bendera yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini.

Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Raja PetraBlogger Raja Petra Kamaruddin pula adalah orang pertama telah ditahan semalam di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

Sementara itu tiga akhbar iaitu Sin Chew Daily, The Sun dan akhbar rasmi PKR – Suara Keadilan – juga telah diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiganya mendapat surat tunjuk sebab itu dari kementerian dalam negeri, yang meminta mereka menjelaskan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka atau berdepan dengan tindakan digantung penerbitan.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Sedih lihat bangsa Melayu bercakaran
hingga tak nampak bangsa lain sedang
mengambil kesempatan atas kelemahan
bangsa aku sendiri.

hahaha Our gov is the best. When they are weak they’ll pull out all the tricks from the hat…hahah I can’t stop laughing…

So now they go to ISA, we get angry and racial issues start. This will help them gain support again….

WRONG!! Bangsa Malaysia are now smarter people and will not fall for crap like this…

Malaysian politics nothing but a bunch of low life beggars and prostitutes….

Punca semua ini ialah kerana pembangunan malaysia dan ekonomi rakyatnya tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.Kita sepatutnya sudah berada sebaris (in a same row) dengan korea selatan, dari kemajuan pembangunan negara dan ekonominya.Di mana silapnya?.Pada saya kerajaan sepatutnya berusaha untuk menjadikan/mencipta ramai rakyat malaysia yang kaya dan berdikari.Mereka yang telah kaya ini diambil maklumat dan diketepikan dari menyertai tender kerajaan,dengan ini akan lahir lagi golongan baru (tidak kira bangsa)yang berjaya dan berdikari.Mewujudkan rakyat yang bergantung sepenuhnya kepada kerajaan akan menjadikan kedudukan negara dalam keadaan serbasalah,sebagaimana apa yang terjadi pada hari ini..

Inilah bahana kalau penekanan negara terlalu berorientasikan ekonomi hinggakan aspek budaya dan kebudayaan seakan terabai.

Budaya berbahasa misalnya masih jauh panggang dari api. Apa guna berbangsa Malaysia kalau tidak berbahasa Melayu. Apakah kita pasti kalau kita kaya dan mewah, semuanya beres, tiada lagi masalah?

Bangsa Malaysia masih tidak berjiwa besar selagi asyik menjilat bahasa asing sedangkan bahasa sendiri diludah-ludah. Globalisasi bukan anakonda yang menelan segala budaya bangsa kita, kecuali kita sendiri yang membiarkan bahasa dan budaya kita ditelan globalisasi.

Demokrasi tak ajar kita adab dan akhlak. Sebab itu mereka senang-senang berbuat sesuka hati atas dasar demokrasi, hak bersuara dan hak-hak asasi manusia, liberalisasi dan globalisasi. Tetapi di mana pula peranan akhlak.

Itu sebab mereka ini berani bersikap biadab kerana akhlak telah diketepikan. Dalam Islam ada ayat menyatakan ‘tidak diutuskan Islam melainkan untuk memperbaiki akhlak manusia…lebih kurang.

UMNO telah menghukum Ahmad Ismail kerana ‘akhlak’nya, bagaimana pula DAP terhadap Teresa dan Karpal kerana ‘akhlaknya’. Kita mulakan dengan hukuman dulu, masalah adil atau tidak kita bincang nanti. Atau memang Teresa dan Karpal itu telah berakhlak selayaknya.

Kata kunci: Hina raja, hina tulisan Jawi, mendukung bahasa tulisan asing (anasir asing), perlekehkan perlembagaan, nafi hak Melayu, pendukung budaya pendatang.

Leave a comment

(required)

(required)