Surat Mukhriz Kepada PM

Datuk Mukhriz Tun Mahathir Ahli Parlimen Jerlun dan Exco Pemuda UMNO, telah menghantar sepucuk surat kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta beliau melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri berikutan kekalahan teruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum yang baru lalu.

Berikut adalah surat tersebut;

    Mukhriz Mahathir
    B-13-D2 Plaza Mont’ Kiara
    No.2 Jalan Kiara,
    50480 Kuala Lumpur

    12hb Mac 2008

    YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
    Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO
    Pejabat Perdana Menteri
    Putrajaya

    YAB Dato’ Seri,

    Terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri serta kepimpinan parti yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Jerlun. Walaupun saya muka baru, sokongan dan daya usaha kepimpinan dan jentera parti serta rakyat di Jerlun memberi kemenangan kepada saya dan BN diperingkat Parlimen.

    Malangnya, kemenangan saya ini menjadi kurang bermakna kerana dirundung kekalahan teruk dengan kecundangnya UMNO dan Barisan Nasional di negeri Kedah, selain di empat negeri lain dan di Wilayah Persekutuan. Malah Pulau Pinang negeri Dato’ Seri sendiri juga dirampas dari tangan BN, dan Kelantan kekal di bawah PAS. Di negeri-negeri lain juga BN mengalami penurunan mendadak kepada kehilangan kerusi DUN dan Parlimen. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah BN.

    Justeru, tujuan surat ini adalah untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada terus ditolak oleh rakyat dan menjadi tidak relevan kepada perjuangan agama, bangsa, dan tanahair.

    Rata-rata sentimen dan rasa tidak puashati rakyat yang dizahirkan melalui undi memberi mesej yang cukup jelas, iaitu penolakan Dato’ Seri sebagai ketua pentadbiran negara.

    Bertentangan dengan kenyataan Dato’ Seri yang kononnya UMNO dan parti-parti komponen BN di Semenanjung menyokong kepimpinan Dato’ Seri, sebenarnya kekalahan yang dialami BN membuktikan bahawa ahli-ahli parti telah berpaling tadah hingga mengalahkan calon-calon kita di kubu-kubu kuat BN.

    Apabila rakyat berdemonstari di jalanan, Dato’ Seri sendiri sebagai peminpin tertunggi parti dan negara secara terang dan terbuka mencabar mereka supaya menggunakan peti undi sebagai tempat menunjuk perasaan.

    Atas menyahut cabaran Dato’ Seri itulah rakyat di Semenanjung telah keluar beramai-ramai bagi menunjukkan perasaan dengan menolak BN diperingkat negeri dan Parlimen.

    Dengan ini jelaslah bahawa agenda Dato’ Seri, kepimpinan Dato’ Seri dan cara-cara Dato’ Seri mengatasi masalah yang dihadapi rakyat dan negara sudah tidak dapat diterima lagi oleh rakyat.Tidak ada gunanya menafikan apa yang jelas semata-mata untuk mengekalkan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

    Atas sifat sayangkan bangsa dan negara, saya merayu kepada Dato’ Seri supaya bertanggungjawab ke atas kekalahan ini. Hanya dengan perletakan jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti UMNO oleh Dato’ Seri sendiri dapat pemulihan UMNO, BN dan negara dilakukan dengan jayanya.

    Saya berharap Dato’ Seri faham bahawa rayuan saya ini dibuat dengan niat untuk menyelamatkan keadaan yang amat mencemaskan. Gerakan telah bermula untuk menarik wakil-wakil rakyat BN supaya melompat ke parti lawan. Musuh BN memerlukan hanya 35 kerusi untuk menjatuhkan Kerajaan pimpinan Dato’ Seri.

    Oleh itu, sekiranya Dato’ Seri tidak berundur dalam tempoh yang terdekat, saya benar-benar khuatir kepercayaan rakyat, khususnya orang Melayu terhadap UMNO dan BN akan lupus sama sekali.

    Rayuan ini saya kemukakan dengan penuh ikhlas atas kesedaran bahawa ianya mungkin mengundang kemarahan sesetengah pihak termasuk Dato’ Seri sendiri dan ahli-ahli UMNO yang lain.

    Apapun, dengan sifat nasionalisme dan patriotisme demi kepentingan orang Melayu dan UMNO, saya sanggup menerima sebarang tindakbalas akibat rayuan saya ini. Dengan rasa insaf dan rendah diri, saya menyerah nasib saya kepada Allah SWT.

    Saya yakin Dato’ Seri juga akan melakukan apa yang wajar demi kepentingan bangsa dan negara. Semoga pengorbanan Dato’ Seri dengan mengundurkan diri akan mendapat keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT jua.

    Wasallam

    Yang ikhlas,

    Mukhriz Mahathir
    Ahli Parlimen Jerlun

    s.k.
    YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO
    YAB Dato’ Wira Ali Rustam, Naib Presiden UMNO
    YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO
    YB Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO

Salinan asal surat ini boleh dilihat di KMU dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Mukhris Letter To PM.

Jika berminat untuk membaca surat yang ditulis dalam tahun 1969 oleh Tun Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri ketika itu, sila rujuk di Surat Mahathir Kepada Tunku.

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[…] in Umno to have openly demanded for Abdullah to resign. Mukhriz’s letter to PM is in Malay (Surat Mukhriz Kepada PM) and below is the translation; 12th March 2008 Dato’ Seri, Let me take this opportunity to […]

I have to agree with Mukhriz. I believe if my father is still alive, he will agree with Mukhriz too. Yeah! he was a small time politician together with the late Tun Razak worked for the independent of this country. He will definitely cry his heart out with what is happening now. His blood & sweats pouring into the land for the land and its people. See what it has become?

It is not UMNO that is not relevant, the present PM is not relevant to head UMNO. He is a good man, but he is not the man we need to lead us. Then the question in my head, who is going to replace him? Tun Mahathir has left the post with no clear replacement. I am sorry I did not see any clear replacement unless I can be convince that we have the replacement, I think the PM has to stay for a while and learn from his weakness, may be it is not to late for him if he listen to the rakyat sincerely and stop giving unrelevant excuses.

Then anyway it is a trend everywhere that people just want to change and use their rights. I can only write and talk, I don’t have a clear solution too. Then the human cource is no longer mine, I have seen individual evolve into finer species, but together by large group and within a few heartbeats we have howling mob intense on murder & destruction, no! I do not believe mankind will ever change. Human not only killing this planet, the animals – on land or in the ocean, they kill each other too – it has been like that since the dawn of time.

My cource is to make human understand a little about preserving this old planet a little longer before it burst out and explode – do their small part. Eventually without our help, God will destroy this blue planet, so why not enjoy the beauty a little longer and help it’s keep a little. Human can fight their own cource, but this planet cannot speak, so I speak for the planet.

Well people come and sail away on the high waves in the rain with me on the ocean, smell the sweet smell of the salted sea breeze and if we are lucky the dolphins will dance with us

For me this is not good idea for solving problems. We should know and understand that nobody want to lose in the “games”. I mean, the PM also hope he is not losing. That’s not fair for us to put this faulting just on Pak Lah. We Malaysian people must look back on history….

Saya kagum dan menghormati tindakan Datuk Mukhriz diatas surat ynag dihantar ke Perdana Menteri Malaysia. Malaysia memerlukan pemimpin yang mempunyai keberanian dan jatidiri yang begini untuk membentuk rakyat dan negara yang maju dan setanding dengan negara maju yang lain.

Keberanian untuk menyuarakan hasrat dan pandangan demi kebaikan bangsa dan negara amat penting dan Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu mengangguk kepala (yes man) dan tidak berani membantah demi kebaikan negara dan bangsa.

Saya menyeru kepada semua pemimpin agar menukar pendirian dan mencontohi langkah Datuk Muhkriz yang berahi menerima sebarang akibat diatas tindakan beliau.
Malaysia memerlukan banyak lagi pemimpin yang sebegini dan tidak memerlukan pemimpin yang hanya tahu mengikut telunjuk jari sahaja.

Saya sebagai rakyat Malaysia sesungguhnya merasa amat kecewa diatas keputusan pilihanraya 2008 dan saya rasa kepimpinan tertinggi UMNO dan BN perlu mengkaji dan mempertimbangkan akan rayuan Datuk Muhkriz demi masa depan bangsa melayu dan rakyat malaysia.

Cubalah beralah demi kebaikan dan jangan hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja sesungguhnya orang yang bijak dan ikhlas hanya akan berkurban demi kebaikan dan demi perjuangan sebenar dan jitu.

Setiap pemimpin ada caranya tersendiri tak kira dari segi pimpinan keluarga mahupun pimpinan negara dan setiap cara itu terselitnya kelebihan dan kekurangan. Jgn hanya memandang pada kelemahan kerana kelemahan mmg sentiasa wujud, apa yang penting ialah bagaimana kelemahan atau kekurangan itu diatasi. Jgn kerana terbitnya cubaan ini kita perlu menggelabah dan orang-orang bawahan perlu berpaling tadah. Perlu diingat setiap langkah yang kita ambil dan setiap jejak yang kita majukan itu akan membawa kepada risiko yang tidak dapat kita jangkakan. Cubaan itu untuk mengingatkan semua supaya tidak alpa dan supaya kita lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Perlukah kita menukar pucuk pimpinan? Sekiranya ketua keluarga contohnya ayah kita mempunyai kekurangan perlukah ayah kita ditukarkan? Jawapannya sudah pasti tidak perlu. Kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaiki apa yang kita ada bukan hanya menuding jari menuduh sesiapa. Sekiranya Pak Lah digantikan dapatkah sesiapa memberi jaminan penggantinya nanti mampu memberi yang lebih baik sedangkan yang pasti penggantinya juga manusia biasa yang tidak lari dari kekurangan.
Namun tiada salahnya memberi pendapat kerana setiap individu pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Sememangnya saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan sangat-sangat berharap kerajaan ini kekal dan pemimpin-pemimpin yg menerajuinya sentiasa mempunyai objektif berfokuskan rakyat bukan berfokuskan kepentingan diri.

Ingatlah bahawa setiap keputusan yang diambil bukan hanya melibatkan satu parti atau kerajaan tetapi melibatkan seluruh rakyat yang menghuninya…

Wassalam…

Memeng betul setiap pemimpin ada kelemahan dan kekurangan. tetapi kita tidak boleh samakan pemimpin negara umpama bapa dalam keluarga.

Jalan yang paling baik ialah pemimpin itu sendiri mesti tahu akan kemampuan dirinya setelah melihat respon rakyat melalui pilihanraya yang lalu.

Apa yang kita mahu ialah kestabilan negara dan ekonomi, kesetiaan itu memang penting tetapi kesetiaan dan pengorbanan pemimpin lebih penting kerana lebih baik mengkorbankan lembu seekor dari mengorbankan lembu sekandang.
Apa yang kita bimbangkan ialah masa depan anak cucu kita. Pemimpin Malaysia banyak yang lebih berkaliber dan bijak, mengapa tidak beri peluang kepada pemimpin lain untuk mencuba dan berkhidmat.

Umpama Tun Dr. Mahathir beliau berundur secara terhormat dan jasanya dikenang.

Apa yang kita mahu ialah perkara yang terbaik dan jangan apabila terhantuk baru nak ternadah dan jangan tunggu setelah nasi menjadi bubur yang mana semua pihak akan rugi.

Kita tidak perlu menukar kerajaan kerana bukan senang nak menukar kerajaan kerana banyak lagi pemimpin yang ada didalam kerajaan lebih berkaliber dan cekap dalam mengendalikan negara.

Renungkan Lah.

Wassalam…

salam hormat.
sebagai seorang rakyat malaysia yang cintakan kestabilan politik dan keamanan negara, rasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan mengenai senario politik semasa.

saya merasakan bahawa datuk mukhriz mahathir tidak sepatutnya menulis surat seperti itu dan menyebarkan pula ke beberapa agensi untuk tatapan umum. dalam budaya melayu, ini lah yang dinamakan MENEMPELAK dan percubaan untuk menjatuhkan air muka seseorang pemimpin. semasa era bapanya tun dr mahathir berkuasa dulu, tidak seorangpun yang dibenarkan menempelak secara terbuka atau bakal dikenakan tindakan tegas kerana menghina pemimpin.

kami di sabah amat menghormati pemimpin tidak kira peringkat negeri ataupun persekutuan. pemimpin adalah payung untuk berlindung. jika ada sesuatu yang perlu diperbetulkan maka mestilah menggunakan saluran yang betul.

pada saya, surat datuk mukhriz tun mahathir ini tidak lebih daripada usaha un tuk menjadi ‘hero’ melayu serta terikut-ikut dengan stail bapanya mengirim surat serupa kepada tunku abdul rahman alhaj dahulu.

sekian dan salam perpaduan.

sundian sapaun
naib presiden persatuan kimaragang sabah.

Saya percaya apa yang DMM suarakan dan hasratkan adalah jujur dan ikhlas,tetapi kenapa semua ini tidak berlaku dengan mengikut satu tempoh waktu yang logik seperti apa yang berlaku kepada sesetengah pemimpin politik dalam komponen BN.Saya rasa keadaannya adalah begini” saya nak kan sesuatu milik saya (kereta)yang telah saya berikan kepada seorang kawan yang paling saya percaya,tetapi dia berkata “beri aku masa..”,kenapa mesti beri engkau masa?,beri saje lah kereta tu kat aku..aku nak pakai kereta tu semula..Rupa rupanya kereta itu tiada pada tangan kawan saya tu…,dia ambil masa tu rupanya untuk berusaha mencari kenderaan tu yang dia sendiri tak tau di mana duduknya..

Dato’ mukriz patut salahkan bapak dia sebab Tun Mahathir sendiri tahu siapa yang layak dan tidak layak untuk mentadbir negara,
dan dia sendiri buat kenyataan yang Pak Lah bukan pilihan dia,dia pilih Pak Lah hanya kerana rasa Pak Lah patut rasa jadi PM sebab telah lama berkhidmat,habis tu apa lagi yang kita (rakyat)nak kata..,kalau yang menyerahkan kuasa tu dah tahu apa akan jadi pada negara dia kemudian, kena salahkan Tun lah..Sepatutnya seorang pemimpin patut buat keputusan yang bijak..,ini negara bukan satu persatuan kecil,berjuta-juta orang akan kena kesan dari setiap keputusan yang dibuat.Kes kepimpinan ini sama juga macam acara sukan,lari 4×400 meter relay (berganti-ganti),setiap pemimpin lari laju sebelum serah baton kepada pemimpin lain,kalau Mahathir dah lari laju Pak Lah bagaimana?,Siapa yang ambil pak lah jadi pelari seterusnya..Tun dah tahu pak lah tak larat nak lari laju kan?(Ini semua rakyat boleh nampak..)

Kalau dah anak sendiri yang mengkhianati bapa dan ibunya siapa lagi yang boleh dipercayai lagi. Manakan orang luar dapat memberi kepercayaan sepenuhnya.

Salahkan nyamuk kelambu dibakar……………………….

Bukan kerana lagunya tidak sedap,semuanya telah dibuat sebaik mungkin..,kesalahan sebenar ialah…,salah pilih penyanyi…

Leave a comment

(required)

(required)