Surat Misteri Ada Kaitan Inkues Teoh Beng Hock Dan SPRM

Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat – yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selango ritu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.

Ketika dihubungi, ahli politik berkenaan menafikan semua tuduhan dalam surat tersebut dan berkata beliau akan membuat laporan polis sekembalinya dari luar negara. Manakala pegawai SPRM berkenaan tidak dapat dihubungi.

Sumber : MalaysiaKini

Blog Malaysia Today ada menyiarkan kandungan surat tersebut.

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)