Suharto Dalam Kenangan

Bekas Presiden Indonesia, Suharto meninggal dunia pada pukul 1.10 petang 27 Januari 2008 waktu tempatan (2.10 petang waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal paginya. Suharto sebenarnya berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.

Presiden SuhartoPengumuman kematian Suharto telah dibuat oleh bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia Moerdiono melalui siaran radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu. Moerdiono yang juga jurucakap keluarga Suharto, berkata anak-anak bekas presiden itu berada di sisi bapa mereka ketika beliau menyembuskan nafas terakhirnya.

Suharto atau nama penuhnya Haji Muhammad Soeharto telah dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argomulyo, Yogyajarta. Beliau telah memasuki tentera dan mula dikenali apabila berjaya beliau telah bertempur dengan pihak Belanda yang ingin mengembalikan pemerintahan penjajah. Yogyakarta telah berjaya beliau tawan selepas hanya enam jam berjuang melawan pihak Belanda pada 1 Mac 1949. Peristiwa ini telah diibaratkan sebagai lambang perjuangan rakyat Indonesia berjaya menentang penjajah Belanda.

Beliau telah berkahwin dengan Siti Hartinah atau Ibu Tien dan telah dikurniakan enam orang anak iaitu Siti Hardijanti Rukmana atau Tutut, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Titiek, Hutomo Mandala Putra atau Tommy dan Mamiek.

Pada 12 Mac 1967, Suharto telah dilantik menjadi Presiden sementara Indonesia dan dipilih secara rasmi untuk memegang jawatan Presiden pada 21 Mac tahun yang sama. Beliau telah memperkenalkan Ketertiban Baru atau Orde Baru dan membersihkan parlimen daripada pengaruh komunis serta menyingkirkan kesatuan sekerja. Beliau juga telah menamatkan konfrontasi dengan Malaysia yang dimulakan oleh Presiden Sukarno kerana menentang pembentukan negara Malaysia.

Suharto telah dipilih untuk menerajui kerajaan sebanyak tujuh kali dari mula dia memegang jawatan Presiden. Walaupun begitu demi mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan di Indonesia setelah berlakunya beberapa tunjuk perasaan serta tekanan politik dan tentera, Presiden Suharto telah meletakkan jawatan pada 21 Mei 1998. Pemerintahan beliau selama 32 tahun telah diambil alih oleh B.J. Habibie, Naib Presiden Republik Indonesia.

Selepas melepaskan jawatan, Suharto lebih banyak memencilkan diri di kediamannya di di Jalan Cendana, Menteng, Jakarta dan berjaya mengelak perbicaraan jenayah atas dakwaan rasuah berikutan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Akibat kegagalan pelbagai organ dalaman selepas keadaan kesihatannya tidak menentu sejak dimasukkan ke hospital pada 4 Januari 2008, Suharto telah mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 27 Januari 2008.

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)