Sharlinie Mohd Nashar

Seluruh negara telah mengetahui tentag seorang kanak-kanak berumur 5 tahun, Sharlinie Mohd Nashar yang sudah hampir sebulan hilang. Sharlinie telah dilaporkan dilarikan semasa dia sedang bermain di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumahnya. Ketika itu Sharlinie bersama-sama dengan kakaknya, Sharliena, 8 tahun

Sharlinie Mohd NasharSehingga ke hari ini tiada sebarang tuntutan atau maklumat tentang siapa yang telah menculik Sharlinie. Begitu juga motif sebenarnya mengapa Sharlinie diculik juga masih menjadi tanda tanya. Ada beberapa pendapat mengatakan orang yang melarikan Sharlinie ini adalah pengamal ilmu hitam dan anak kecil ini dijadikan bahan untuk menguji keberkesanan ilmu mereka.

Mungkin pengamal ilmu hitam ini ingin mengetahui selama mana mereka dapat ‘menyembunyikan’ Sharlinie daripada pandangan orang ramai walaupun ada pengamal perubatan dari Ikatan Bomoh Negara Sebelas Serangkai dan Ahli Jemaah Sabillilah yang berusaha mengesan kanak-kanak kecil ini. Malah pelajar pintar Adi Putra, ada menunjukkan satu lokasi di Ulu Yam yang didakwa menjadi tempat penculik ini menguji ilmu yang sedang dituntutnya

Sementara itu ada juga pendapat mengatakan orang yang melarikan Sharlinie ada kaitan dengan kes Nurin Jazlin dan pencabul kanak-kanak di Kampung Baru yang dikenali sebagai Lelaki Kucing. Pendapat ini boleh dipertimbangkan kerana sehingga ke hari penjenayah yang telah menyiksa dan membunuh Nurin Jazlin masih lagi bebas dan belum dibawa ke pengadilan. Begitu juga dengan Lelaki Kucing yang masih gagal dikesan oleh pihak berkuasa. Kegagalan pihak polis memberkasnya mungkin menyebabkan penjenayah tersebut berani menerus perbuatannya dengan menculik Sharlinie pula.

Tidak kurang juga yang memberi pendapat bahawa Sharlinie mungkin telah dilarikan oleh satu sindikit terancang yang ada kaitan dengan pembikinan video seks kanak-kanak. Selain itu mungkin juga oleh sindikit yang terlibat dalam menjadikan kanak-kanak sebagai pengemis atau untuk dijual kepada pihak ketiga, Ada juga kemungkinan sindikit ini telah berjaya menyeludup Sharlinie keluar daripada negara ini sebagaimana seorang remaja perempuan yang telah dibawa ke Indonesia melalui Johor baru-baru ini.

Sebenarnya di dalam kes penculikan kanak-kanak, saat-saat awal kehilangannya adalah ketika yang paling penting dalam menentukan kejayaan kanak-kanak itu dijumpai semula. Semakin lama masa berlalu semakin kurang jejak yang dapat dijadikan panduan untuk mengesan kanak-kanak tersebut. Oleh itu bertolak daripada kes Nurin Jazlin beberapa orang blogger termasuk bapa saudara Nurin, Jasni telah berusaha untuk mengadakan NURIN Alert. Nurin adalah singkatan kepada Nationwide Urgent Response I N

Nurin Alert adalah mengikut model Amber Alert yang telah digunakan dengan jayanya diluar negara. Secara ringkasnya Nurin Alert ini mengariskan panduan tindak balas yang perlu dilakukan apabila ada kanak-kanak hilang. Sebaik sahaja kehilangan seorang kanak-kanak itu disahkan, semua pihak berkuasa akan dimaklumkan dan pengumuman awam akan dilakukan. Maklumat awal ini diharap akan dapat membantu mengesan kanak-kanak ini sebelum dia disembunyikan.

Bagi kes Sharlinie ini sekarang apa yang amat penting adalah kerjasama dan bantuan orang ramai. Masyarakat hendaklah lebih peka dengan memerhatikan keadaan di sekeliling terutama jiran-jiran yang terdekat. Ada kemungkinan penculik ini sedang bersembunyi atau pernah berada di kawasan tempat tinggal anda. Jadi jika anda ada melihat sebarang situasi atau orang yang mencurigakan, laporkanlah kepada pihak polis atau hubungi talian khas Sharlinie di 1800 88 LINI (5464).

Didoakan Sharlinie selamat dan akan dapat kembali bersama-sama keluarganya semula, insyaAllah.

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)