Senarai Ahli Kabinet Baru Najib

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet pertamanya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib RazakKabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.

Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam Jumaat lalu, mengekalkan portfolio menteri kewangan yang disandangnya sejak 19 September lepas, susulan pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jemaah menteri Najib lebih kecil – 28 menteri dengan 25 kementerian – berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.

“Inilah saf dan inilah pasukan kita yang diharapkan menjadi cerminan kekuatan serta wajah kemajmukan Malaysia melalui Barisan Nasional yang mewakili semua rakyat dari setiap penjuru dan pelusuk Malaysia,” kata Najib ketika mengumumkan ahli-ahli kabinet di Putrajaya mulai 3 petang.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen TV tempatan.

Barisan kabinet itu juga ingin mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu “Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.

Lapan menteri yang tidak tersenarai:

Tujuh muka baru yang dilantik ialah:

Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui lantikan senator iaitu Dr Koh, Sharizat, Raja Nong Chik dan Jamil Khir yang mengangkat sumpah petang tadi.

Pada sebelah pagi, perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 30 minit untuk mempersembahkan senarai anggota kabinet itu untuk perkenan baginda.

Najib tiba di Istana Terengganu pada kira-kira jam 11 pagi dan beredar pada jam 11.35 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, para menteri dan timbalan menteri dijadual mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara esok.

Upacara bersejarah tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi.

Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan hari ini di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon – perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Kewangan
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin (menteri)

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat (menteri)

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok (menteri)
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (menteri)

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri)

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui (menteri)

Noriah Kasnon (timbalan)

Kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal (menteri)

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (menteri)

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed (menteri)

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili (menteri)

Fadillah Yusof (timbalan)

Sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas (menteri)

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Pelancongan
Datuk Ng Yen Yen (menteri)

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar (menteri)

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (menteri)

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor (menteri)

Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai (menteri)

Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek (menteri)

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam (menteri)

Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob (menteri)

Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha (menteri)

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil (menteri)

Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Luar
Datuk Anifah Aman (menteri)

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (menteri)

Datuk M Saravanan (timbalan)

Sumber : MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

congrat to sharizat…..
u da best…

Leave a comment

(required)

(required)