Selangor Sah Dapat Air Percuma

Abdul Khalid IbrahimManifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma atau rebet RM11.40 sebulan akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini bermakna lebih sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Penyelesaian yang telah dicapai adalah seperti berikut:

Kos pembiayaan rebet tersebut akan dibuat oleh KDEB bagi pihak kerajaan negeri Selangor. Menurut Abdul Khalid, Syabas merupakan anak syarikat Puncak Niaga tetapi saham syarikat bekalan air itu turut dimiliki oleh KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

KDEB dijangka akan membelanjakan dalam lingkungan RM1.8 juta sebulan bagi membiayai rebet ini. KDEB telah memberi akujanji untuk membayar bagi pihak kerajaan negeri untuk pengguna domestik yang mempunyai meter individu sahaja. Bayaran kepada Syabas akan dibuat dalam masa 30 hari selepas Syabas mengemukakan bil bulanan.

Syabas tidak menolak kemungkinan akan timbul masalah pengguna tidak menerima potongan melalui bil yang diterima seperti yang dijanjikan pada bulan pertama perlaksanaannya. Mungkin ada yang dapat potongan dan ada yang mungkin tidak dapat. Walaupun begitu Syabas berjanji akan cuba atasi masalah tersebut secepat mungkin.

Beberapa hari sebelum ini Syabas telah menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin. Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)