Sejarah Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Jalur Gemilang di Dataran MerdekaPada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Jalur Gemilang

Fakta Jalur Gemilang

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

seharusnya jalur gemilang ini menjadi wadah untuk kita rakyat Malaysia bersatu dan bekerjasama untuk hidup dengan makumur dan sejahtera :smile:

Jalur aje gemilang.., orang melayu 51 tahun..?,gemilang?Nak bersatu (melayu) pun kena ada ekonomi cemerlang..Duit (ekonomi) bukan segalanya tetapi segalanya adalah duit..Bangsa lain 51 thn hebat.., bangsa kita terkapai-kapai…bukan pulak di negeri orang..,tapi dinegeri sendiri..terima kasih kepada pemerintahan UMNO..Dulu kita sama tahap dengan korea selatan,sekarang kita masih cerita pasal pembangunan..sedih…

we need to be united …DEMI NEGARA TERCINTA

can u kindly name me some suitable and meaningful titles for a historical competition ?

saye mendoakn agar Malaysia aman sentosa

berharaplah supaya negara kita aman dan sentosa

kebanyakan generasi sekarang langsung tidak mengetahuai sejarah jalur gemilang dan isu ini amatlah membimbangkan bagi pihak yang berwajib haruslah mencari dimana silapnya kerana golongan muda tidak peka langsung masalah yang akan timbul dibelakang hari ini boleh menjejaskan negara

asal sikit je maklumat nie

bestnya sejarah jalur gemilang .cayo ah !!!!!!!! ……..

nk tanye sikit semasa sambutan kemerdekaan keberapekah Perdana Menteri Malaysia.Datuk Seri Dr.Mahathir memilih nama jalur gemilang bagi nama bendera Malaysia? tolong jawab pertayaan sy jika ade sesiape yg tahu tau…Salam Dari Nur Iman Kamilia Dari Kota Bharu Kelantan…

go MALAYSIA…

kita adalah rakyat malaysia….MALAYSIA nombor 1 ….apa apa cabaran skli pun MALAYSIA tetap akan jadi JUARA kan…sya masih brumur 10 thun yg dh pndai membuat sejarah…hehehehe…

saya anak 1 malaysia

Leave a comment

(required)

(required)