Saiful Bukhari Angkat Sumpah Di Masjid

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mengangkat sumpah hari ini. Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa sekali sahaja oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.

Saiful AnwarDakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”

Saiful and ZamriDalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik. Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.

Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.

Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi. Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.

“Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar,” katanya lagi.

Azlan Mohd LazimSaiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.

Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.

Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara. Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber cerita dan foto: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

mudahnya manusia sekarang mempermainkan sumpah dengan nama Allah….semoga Allah segera memperlihatkan kebenaran.

aku sikit pun x caya.

[…] Oleh PutraWangsa […]

si saiful ni jgn idup terus lpas ni pn lg elok…klau idup pn sape nak jd kawan…kmane2 pn kene laknat,klau dpt duit berjuta msti tak tnteram idup…mane2 org jahil smbahyang 5 wktu pn tak ckup ape kesah diorang main sumpah2 nama tuhan,mmg sah2 iman dh takde…lg plak klau dh buat knyataan sumpah,klau esk BN menang kt pmatang pauh komisyen dpt lg lbih…lastly,sape yg punye rancangan tpakse la ikut telunjuk si saiful ni…klau dh tak dpt nak ikut telunjuk si saiful ni,tau2 2,3 thn lg si saiful ni ilang tak tau kmane…rupe2nye masuk dlm brita dah diletupkan dgn bom…skarang ni okla lg pasal org nak ‘pakai’ ko pnye statement,so baik ko jgn idup awal2 la saiful,tu je ramalan dan nasihat aku!

lagi ko angkat sumpah saiful oooiii, bukan lagi clear otak aku ni. lagi bertambah serabut ada la… ko yg gelabah nak buat sehari sebelum penamaan calon, pastu bagi alasan buat hari jumaat sbb jumaat hari baik konon.. banyak main la nkk ni. kalau penamaan calon tu hari rabu, apa lak alasan ko bagi ek? pelik betul la kan..

sekali imbas bila ko angkat sumpah tu, aku tengok cam ada iras2 muka anwar zain… 2 kali imbas cam muka anwar ibrahim pun ada gak… 3 kali imbas dah ada gaya2 najib lak nih… hmmm.. sah ahh…

Lihat..,lagi sekali bdk shyfull ni strike..dan dia strike tepat dengan jangkaan ramai orang..,( esok plak pencalunan di permatang pauh)senangnya nak baca tindakan diaorang ni…,buatlah satu sandiwara yang orang tak mudah agak/baca jalan cerita dia…

Sebab itu sebagai,seorang Islam,jika ada permasalahan berkaitan hukum syariah/agama,jumpa Alim Ulamak dahulu,dia akan beri nasihat dan garis panduan menurut lunas-lunas Islam..,bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah /pertikaian…,dan memang wajib seseorang Islam memurtabatkan agama Islam lebih dari segalanya..,kerana pada masa yang sama,banyak keaiban saudara mara kita orang-orang Islam lain dapat di pertahankan..,tapi kalau ada orang Islam yang ada masalah berkaitan agama lepas tu mengadu kepada orang politik..,nasib dia bergantung kepada keadaanlah nampaknya..,dalam hal ni semua dah terlanjur..,den tak dapek nak nolong do…

macam-macam

lu tak pikir ke buat sumpah camni bukan takat 7 keturnan ko je malu..ko tak malu ke klu tiba2 cucu ko ckp ko ni kene sentot? bodo bangang btul..sanggup mkn taik sbb nak duit.ape punye org nafsu dah kuasai akal..sanggup jadi balaci najib & pak lah..bodo!

Senang je….suruh Anwar sumpah sekali…lawan balik.
Tengok sapa kene laknat. Hidup Nik Aziz. Nik Aziz the man
for PM…Haji Hadi pun hampeh. Hidup PAS…PAS kuar dari
pakatan Rakyat.
Aku support Nik Aziz je…sebab dialah ulamak.

saiful memang bodoh..main2 ngan nama Tuhan..sekrang dunia dah akhir zaman..silap gaya Tuhan bayar cash baru tahu..tunggu msa je..sedarlah saiful oii..lama mana sgt hdp kita nie..duit tu blh boleh bawak mati ke? dosa fitnah pon dah sama dgn dosa membunuh apatah lagi lah mcm kes ko nie..menuduh org yg tak berdosa..ingat,dunia ni sementara je..dah byk sgt ke amalan ko tue duk wat camtu kat orang? kalo takdir mati nanti,apa ko nak jawab ngan malaikat,ngan Tuhan..nanti kat padang mashyar ko carilah anuar untuk wat perhitungan dengan Tuhan..masa tu dah terlambat saiful..aku harap ko baca lah komen aku nie..ko tu muda lagi, jgn pertaruhkan ms depan utk semua nie…pikirlah..

aku pelik jer… banyak sgt keraguan dlm kes ni.
1) kate haritu penasihat peribadi DSAI… rupe2nye coffee boy jer

2) haritu kat mahkamah kesnyer kate suke same suke, bile DSAI tanye nape tak dakwa mamat tu skali, alih2 angkat sumpah kate dipakse lak

3) kate haritu kene sontot 8 kali, nape dah angkat sumpah jadi skali jer??? gamaknyer sekali jer dipaksa kot… yg 7 lagi tu rela ker??? awww

patutnye kes ni dah leh gugur dah… sbbnyer… pendakwa tu pun tak konsistant… berbelit2 cam ular…
kot iye pun nak niaya org, buatla paperwork bebetul, study dulu biar tak dibidas org… ini main tangkap muat jer… apadaaaa… tak professional langsung…

Isu “Anwar Liwat Saiful” ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat the upperhand.

Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.

[…] 15 Ogos lalu, Saiful mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah […]

Bagi aku dosa yang paling besar yang telah dibuat oleh saiful ni ialah membelakangkan Agama Islam,kemudian barulah dosa pada perbuatan lain yang hanya Allah sahaja yang mengetahui..Di dunia ini Allah memberi manusia akal untuk menjadi khalifah dan mentadbir bumi ini,kita disuruh membuat pilihan mana yang terbaik dan yang terbaik mestilah condong kepada mengikuti lunas-lunas agama…Manusia juga diberi ilmu umpama sesisip air dilaut yang dihirup oleh seekor burung kecil supaya dapat membuat pertimbangkan dalam kehidupan yang mana betul dan tidak betul, ia adalah berpandukan/berdasarkan logik perkara,motif/tujuan,berfakta dan bersaksi.Dalam kes Saiful ini..,ia kelihatan tidak logik,tidak mempunyai fakta tepat,motif kelihatan lebih kepada tujuan politik dan tidak bersaksi…Kita sebagai umat Islam kalau tidak berpegang kepada kaedah ini..,kaedah mana lagi…?

Salam kepada semua
Pada sy, kita tak perlu buat andaian bahawa saiful sengaja melakukan sumpah laknat. Andai kata apa yang didakwa saiful itu benar2 berlaku. Bagaimana??? bermakna kita semua telah menyokong orang yg besalah. Begitulah sebaliknya, kalau kita berpendapat DSAI yg besalah juga adalah sstu yg sy kira prejudis. Cuma sy minta pemimpin PAS Mat Sabu, supaya beri sedikit komen tentang isu ini.. 10 tahun lepas Mat Sabu, adalah antara org pertama yg desak Tun Mahadhir membongkor salah laku seks DSAI. Kenapa skrang membisu.. Tolnglah dunia dah akhir zaman. Selebihnya, Hanya Allah mengetahui segala-galanya.

apahallll laaaa kau bodo sangat saifullll…. kalau ye pun kau kena liwat diam jee lahhhh. kau tak ada maruah keeeee.malu laaa woiii. bapaknya plak bangga anak kena liwat. adoooo…..malu laaa woiiii….

yang lkau pi angkat sumpah plak buat apa? si kena tuduh laaa angkat sumpah. si penuduh nak angkat sumpah buat apa?

ada akai kaaaa. macam pak Datok sri najis tu angkat sumpah tu… baru yeee ..(najis berani mati tu)

kalau kita tak kenal Allah, nescaya kita tak akan takut kan Allah.

pembetulan. Najib bukan NAJIS

Jila diizinkan Allah,sumpah laknat saiful itu akan take effect pada 24 Sept,2008 setelah genap 40 hari (mengikut kata sesetengah org – wallahuallam),dan jika didatangkan bala oleh Allah,kita semua terpaksa sama-sama menanggungnya kerana tiada siapa dapat lari dari balasan dan ujian Allah.Tetapi Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..Kita doakan Malaysia ini aman dan makmur

i love u saiful…..walaupun u x suci lg..u ni kiut la..bila anwar nk bsumph????? anwar mmg sial! BANGANG!

lepas ni bolehlah kau bagi kat SI PANGSY tu pulak. dia marah pasal tak ajak join sekali kot……….

Hmm……Aku cume seram je dgr Saiful tu mase angkat sumpah…
Kalau btol die kena liwat takpe la buat camtu.
Tapi kalau dia menipu,Ya Allah!Aku tak tau la ape akan jadi dengan die nanti!

Orang macam saiful ni memang bodoh..kerana duit..sanggup gadaikan segala2nya..senang di dunia..di akhirat kelak.. ko terimalah balasannya..

Leave a comment

(required)

(required)