Saiful Bersumpah: Video Dan Sidang Akhbar

Saiful bersumpah seperti berikut;

“Bismillahirrahman nirrahim.

Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….

A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi.

Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat.

Wallahualam.”

Berikut adalah video Saiful bersumpah;


Sementara itu kenyataan yang dibaca oleh Saiful semasa sidang akhbar adalah seperti berikut;

“Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.”

Saiful Bersumpah

Berikut pula adalah sesi soal jawab semasa sidang akhbar;

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini… saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Saiful di Sidang Akhbar

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

Sumber: The Star, MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

saye ade pengumuman bg yg berminat dgan sains cubela lawat blog saye. tetapi blog tu dlm bhs english. takpe k. blog- http://meinscience.blogspot.com

moga saiful faham implikasi sumpah yang dibuat ini.

sy x tau la yg mane salah n yg mane btl. i2 x penting sbnrnye. yg penting adlh Allah yg tau yang mane hak dan batilnye. sbb Allah shj yang Maha Mengetahui..

Allah yang maha Pemurah,Adil lagi Maha Mengasihani..kita lihat siapa yang akan ditimpa bala,dan bala itu datang juga dengan tanda-tanda awal..,Allah berfirman ” tidakkan berlaku sesuatu itu kecuali dengan tanda-tanda..”,jadi marilah kita sama-sama kita perhatikan baik-baik dan buat catitan,juga ambil iktibar..,rujuk pada Alim Ullama..

Masalahnye.. kalau dgr dia sumpah tu.. dia kate “26 haribulan 8”

bukan kah itu hari ini????

and bukan kah kalau dah salah sumpah tu, means dia kena start from the beginning?

pelik la..

sigh

tak tau ape nak jadi dah ni

Kekeliruan yang timbul ialah saiful ni org biasa..,contohnya dia(tiada pengalaman) nak bertinju dengan seorang yang amat profesional(DSAI)Mula-mula sekali apa dia fikir..?,dia mesti kata” baik aku tarik dirilah,gerenti tak boleh menang punya..,kalau masuk pun gerenti aku teruk kena belasah..”Tetapi dia teruskan juga bertinju dengan DS Anwar ni..Soalannya kenapa?,ini hanya soal peribadi dia dengan DSAI sahaja,dia boleh selesaikan dengan memohon keadilan dari Allah,nak buat apa beritahu satu dunia…ini soal aib diri sendiri,bahkan tiada siapa tahu jika kita bijak menyimpannya..,kalau berdosa minta ampun dan bertobat kepada Allah.Soalnya kenapa dia pilih jalan yang paling tidak favourite ini sedangkan terlalu banyak lagi jalan lain yang lebih mudah…kesimpulannya there’s something behind all these things..go for forensic thinking guys…

Perkara ini jadi rumit karena terkait erat dengan politik.
Baik Anwar, Badawi & Najib serta Saiful punya kepentingan masing2.

Janganlah terhanyut dengan permainan politik mereka, tetaplah fokus kepada kepentingan yang besar, yakni Malaysia.

Siapapun Anwar, dia adalah harapan bagi perubahan dimasa datang. Dia telah menjadi ikon kekuatan pengimbang dalam politik Malaysia.
Ini sisi positive yang harus dipertahankan oleh rakyat Malaysia. Bukankah kekuasaan cenderung untuk korup?

Marilah berlaku adil, sebelum kisah ini terbukti maka hak Anwar untuk berpolitik tetap harus terjamin. Sementara itu, hukum juga tetap harus berjalan.

Dalam apa jua keadaan, saya rasa lebih elok kalau kita serahkan pada Tuhan Maha Kuasa. Di atas dunia ni masing-masing boleh saling tuduh-menuduh. Tetapi ternyata Allah lebih mengetahui.

Cara yang paling baik, kita tunggu saja perhitungan di padang Mahsyar esok.

Komen saya ….Saiful Bukhari telah pun membuat tindakan terhadap keputusannya. Itu Hak dia. Tetapi pada pandangan saya budak ni terlalu cetek tak kira sama ada perkara(kes liwat) ini benar atau tidak. Mungkin ini kita leh jadikan pedoman dan pengajaran bahawa ilmu agama perlu seiring dalam kehidupan kita agar ada cahaya disebalik kesesatan kita semua. Moga dia diberi petunjuk dan hidayah didunia dan di akhirat.

kenapa saiful tidak cakap dia diliwat secara paksa atau memasukkan zakarnya kedalam lubang dubur secara paksa????

Leave a comment

(required)

(required)