Saiful Berbohong Dalam Kes Liwat

Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan “berbohong” di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.

Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.

Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.

Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.

Peguam veteren itu berkata, walaupun Saiful menuduh Anwar meliwatnya, namun testimoni membuktikan sebaliknya dan menunjukkan “tidak ada unsur keberatan” di pihak Saiful ketika mengatakan perbuatan itu dilakukan pada 26 Jun 2008.

“Ini adalah jelas SP1 (Saiful) telah berbohong apabila dia mengatakan dalam laporan polis bahawa ‘perkara ini berlaku tanpa kerelaan’.

“Mahkamah perlu segera mengarahkan pendakwa agar mendakwa Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan… menghantar mesej yang jelas bahawa kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan tindakan salah guna prosesnya, menyebabkan sabitan kesalahan ke atas mereka yang tidak bersalah,” katanya lagi.

Menurut Karpal, Saiful mempunyai peluang untuk meninggalkan kondominium di Desa Damansara pada 26 Jun, namun berdasarkan testimoni di mahkamah, dia tidak berbuat demikian.

Beliau berkata bahawa testimoni Saiful menunjukkan dia secara “sukarela” membenarkan perbuatan liwat itu dan tidak berlaku sebarang halangan.

“Saya tidak kata tindakan itu berlaku… tapi Saiful seorang anak muda berumur 23 tahun dan cukup kuat boleh mempertahankan diri dari dibawa ke bilik tidur tetapi dia tidak buat begitu,” katanya.

Karpal juga berkata Saiful telah menghadiri satu program PKR keesokan harinya, satu tindakan yang tidak wajar bagi individu yang menjadi mangsa seks.

“Sikap SP1 yang tidak menghalang seks luar tabii bertentangan dengan sikap semula jadi. Kredibiliti SP1 dipersoalkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Tinggi telah menerima rayuan Azizan Abu Bakar untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah tidak boleh melakukan kesilapan sama sekali lagi. Saiful harus menjadi saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk mempertahankan diri,” katanya.

Sumber : The Malaysian Insider

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)