Ronnie Liu Didakwa Di Mahkamah

Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.

Liu minta dibicara dan kes itu akan disebut pada 10 Februari tahun depan. Beliau didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 9.40 pagi ini.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam membenarkan Liu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Ikat jamin itu dibayar oleh abangnya John Liu.

Menurut kertas tuduhan, Liu serta beberapa pelanggan dan pekerja hotel tersebut menghalang pegawai penguatkuasa MPSJ, Mohamed Hadzlin Zulkepli daripada menutup hotel tersebut di Bandar Puchong Jaya, Selangor pada 2 November 2007.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Chile antara jam 5.30 petang dan 6.30 petang.

Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran ditahan oleh polis Rabu lalu di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung kes tersebut.

Beliau juga menjaga jawatankuasa kerajaan tempatan, penyelidikan pembangunan kerajaan negeri.

Khamis lalu, Liu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengenepikan waran tangkap ke atasnya.

Prosiding bermula dengan tuduhan dibaca kepada Liu yang diwakili oleh sepasukan lima orang peguam, yang diketuai oleh Gobind Singh Deo.

Timbalan pendakwaraya, Roslan Abu Bakar kemudian memohon supaya ikat jamin ditetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Roslan dibantu oleh DPP Muhammad Iskandar Ahmad.

Roslan juga meminta peguambela yang mewakili Liu supaya menjelaskan usul yang difailkan oleh Liu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam jawapannya Gobind berkata, mahkamah harus membenarkan jaminan peribadi ke atas Liu kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan exco kerajaan Selangor dan kerana itu beliau tidak mungkin melarikan diri.

Berhubung permohonan pelanggannya untuk mengenepikan waran tangkap terhadapnya, Gobind berkata ia akan diserahkan kepada pejabat pendakwaraya sebaik sahaja dokumen-dokumennya di meterai oleh mahkamah.

Gobind kemudiannya mempersoalkan motif pihak pendakwa memutuskan untuk mendakwa Liu setahun selepas insiden berlaku pada 2 November tahun lalu.

Beliau mendakwa wujud niat tidak baik di pihak pendakwa yang membuat pendakwaan terhadap pelanggannya selepas begitu lama.

Bagaimanapun, beliau berkata pelanggannya akan membela diri dan akan menghadiri perbicaraan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Mohamad Ibrahim kemudiannya menetapkan jumlah ikat jamin itu dengan seorang penjamin. Gobind memohon tarikh untuk menyebut kes tersebut bagi membolehkan pihaknya menyediakan semua dokuman yang diperlukan dalam kes tersebut.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan tarikh 10 Februari depan untuk kes itu disebut.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

satu lagi konspirasi bekas kerajaan selangor
yg hairan kepada saya sperti mana yg saya baca, smeua tindakan memberkas ahli ahli Pakatan rakyat dibuat berdasarkan blog Khir Toyo..
begitu juga dgn pennangkapan Teresa kok
nampak macam ada satu pertalian antara bekas Mb itu dgn polis
selain itu, korang perhatikan atau tidak..
di negeri negeri PR, ahli ahli sebuah parti yg sudah kalah acap kali mengadu kat polis dgn salah laku ahli PR ..
suka suka buat laporan polis dan buat penangkapan..
contohnya sekarang ialah laporan polis terhadap periasamy timbalam menteri Pulau Pinang..
selepas ketiadaan kuasa di negeri negeri tersebut, maka ahli parti tersebut menggunkan kuasa polis
lagipun, boss mereka yg tertinggi dilantik oleh PM..
dari parti??
aiks.. lebih banyak penangkapan akan dibuat..mereka akan korek kes kes yg sudah lapuk.. mungkin 2-3 tahun lepas..

Leave a comment

(required)

(required)