Raja Petra Ditahan Bawah ISA

Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Raja PetraMenurut isterinya Marina Lee Abdullah kepada MalaysiaKini, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Bukit Rahman Putra, Sungai Buluh.

Raja Petra kemudiannya dipercayai telah dibawa pihak polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke ibupejabat polis Bukit Aman.

Menurut anak Raja Petra pula, Raja Sara, pihak polis telah mengeledah rumah mereka dan mengambil beberapa buah buku dan fail. Menurut beliau lagi dua orang peguam ayahnya, Amarjit Singh dan J. Chandra telah dimaklumkan dengan perkembangan terbaru ini.

Raja Petra ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengancam keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam. Menurut perintah tahanan itu Raja Petra akan ditahan selama 60 hari dan boleh dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri dipenghujung tempoh tersebut.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Laman web Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam oleh kerajaan. Semua laman web lain yang disekat oleh kerajaan sebelum ini telah turut ditarik balik sekatannya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor laman web Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Malaysia TodayMereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet“.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.

ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun – dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya – dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

tahan sahaja pengkhianat agama bangsa dan negara ni. Cakap sekarang seolah-olah seorang ulama’. Selepas memecahbelahkan antara melayu kini rpk cuba untuk menyesatkan umat islam pula. Kepada orang PKR, selain daripada Ustaz ‘Bapak Setan’ Badrul Amin PKR, RPK adalah ulama’ muktabar PKR. Untuk PAS TGHH dan TGNA sudah jadi watak kodi, yang diagung2kan RPK dan DSAI. DAP… gelak sakan dan tepuk tangan, tak lama lagi DAP tanpa PR akan memerintah Malaysia sebab semua parti melayu dah gagal.

Sokong RPK ditahan, beliau biadap, kurang hajar dan menulis tanpa memikirkan apa kesan daripada tulisan beliau. Sumber-sumber RPK memesongkan fakta, fitnah dan menganggu kelancaran perjalanan mahkamah. RPK ikut sedap mulut sahaja tuduh orang itu ini, beliau berselindung disebalik bankrupsi. ISA memang wajar untuk RPK, untuk sesiapa yang mencadangkan RPK dibawa kemahkamah, tiada guna dengan Polis pun dia cakap no comment je memanjang, tidak hormat langsung. Inikan pula mahkamah. Orang PKR, penyokong setia Anwar, aku sedia untuk menerima kutukan korang. Tapi ingat, fakta-fakta mengenai Islam termasuk arahan tutup aurat, sirah nabi, sirah khulafa’ ar-rasyidin semuanya sudah diputarbelitkan oleh RPK. ISA wajar dikenakan. Langkah yang bijak oleh kerajaan!!!

Lagi satu, RPK juga telah menulis artikel mengajak orang Melayu PR bermandi darah memperthnkan orang bukan melayu PR, untuk menentang siapa???? untuk melawan Melayu UMNO. Ini hasutan untuk perang saudara! Quoted from malaysia-today…..

“This is all Malaysians ask from Anwar and nothing more than that. Guard against anything untoward happening. Only when the coast is clear should you make your move. There should be no bloodshed and loss of life. And ask the Malays in the opposition to come out in defence of their non-Malay brothers and sisters and warn the Umno Malays, in no uncertain terms, that they take to the streets at the risk of facing fellow Malays from the opposition who will defend their non-Malay brethren to the last drop of their blood. I, for one, am ready to stand by my Chinese and Indian comrades. So let Umno be warned.”

jangan tak accept pula, penat aku tulis ni!!!

[…] Raja Petra Kamaruddin pula adalah orang pertama telah ditahan semalam di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan […]

Leave a comment

(required)

(required)