Raja Petra Bebas Dari ISA

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

Raja PetraHakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Raja Petra sudah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.

Dalam penghakimannya Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang ini bagi urusan pembebasannya. Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, serta kaum keluarga kelihatan menangis dan berpeluk-pelukan sebaik hakim membuat keputusan itu.

Raja Petra ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.

Raja Petra telah dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum sampai di Shah Alam kira-kira jam 3 petang dan dibebaskan setengah jam kemudian.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)