Poskad Kempen Mansuh PPSMI

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Poskad Bantah PPSMIMenurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu – dinamakan “Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran” – dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

“Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI,” katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) – sebuah NGO yang bergabung dalam GMP – di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

“Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa,” katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan “selagi PPSMI tidak dimansuhkan” dan “selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar”.

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana “keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal”.

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

Sumber : MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

sebagai seorang pelajar,..
kami peneng dengan masalah ini..
bagi pendapat saya, pembelajaran dalam bahasa melayu lebih berkesan,..
kerana d malaysia majoritinya pelajar melayu…
apabila belajar dalam bahasa sendiri pemahaman menjadi lebih tangkas, mudah untuk belajar dan bertanya soalan kepada cekgu2..
bagi pelajar2 yang kuarang pandai berbahasa inggeris akan menganggap ini sebagai satu beban kerana bahasa inggeris sahaja sudah tidak terbawa inikan pula bejar biology, kimia, fizik dalam bahasa inggeris..
jika matematik mungkin mudah kerana hanya bermain dengan nombor…tetapi jika pelajar xfaham soalan xguna juga..
hhuhu..
namun ada jugak kelebihan belajar subjek sains dan matematik dalam bhasa inggeris..
cthnya, pelbagai maklumat dapat diperolehi..
di samping memperkasa penguasaan dalam bahasa inggeris…
selain itu, ia juga merupakan persediaan bagi pelajar2 yang ingin melajutkan pelajaran ke overseas…
mereka tidak akn menjadi culture shock mendengar istilah2 sains dan maths dalam bahasa inggeris..
kerana sume pembelajaran diajar menggunakan bahasa inggeris..
belajar maths dan sains juga tidak menjadi masalah sebenarnya..
contonya, saya belajar maths dan science dlam bi sejak tingkatan satu..semasa UPSR, soalan dalam dwibahasa… jadi kami sudah biasa..cuma kesian pada adek2 yang sekejap kena belajar dalam bi sekejap dalam bm..
xsilap saya di sekolah juga sudah berkali2 kami menjawab soalan yg dibekalkan oleh pihak kementerian, solan maths dan sains dalam bm dan bi untuk menguji penguasaan pelajar…
Cuma perkara ini menjadi isu kerana ia sememangnya bersangkut-paut dengan maruah bahasa melayu itu sendiri..
dan hal ini juga akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap institusi kemelayuan…
dalam subjek sejarah, kami juga belajar mengenai penyata razak, dan lain2 yang syaratnya menggunakan bahasa melaysia sebagai bahasa penghantar, surat2 rasmi dan sebagainya..
pengecualian di sekolah jenis kebangsaan…
hrap hal ini dapat diselesaikan segera..
banyak pendapat telah dikeluarkan seperti menggunakan kedua2 bahasa, terpulang pada guru dan sebagainya..
itu sahaja pandangan dari saya yang sememangnya memberi perhatian terhadap konflik ini..

Pengunaan bahasa Malaysia utk kedua mata pelajaran tersebut buat masa ini tidak relevan kerana bila kita perhatikan bahasa yang digunakan seolah2 subjek sastra, langsung tidak teknikal bahkan menjadi bahan jenaka seperti cekara liut, tetikus, papan kekunci dsb.dan apa gunanya jikalau suatu perkataan itu hanya di Malaysia kan dengan menambah ” si “. Malah bahasa Malaysia pun di ” si ” kan. seperti Pribiu,bajet,Panorama dsb. Dawan Bahasa sepatutnya lebih aktif, banyak bahasa melayu / Malaysia yang sebenar nya telah hilang kerana tidak digunakan media harian. RTM banyak mengunakan bahasa janggal tersebut. Kepada anda pelajar saya simpati, tetapi dizaman saya semua mata pelajaran didalam Bahasa inggeris,kami menganggap mata pelajaran Bahasa Malaysia salah satu yg paling penting dengan itu kami mendalaminya. Sebagai perbandingan adik saya yang baru keluar universiti menghadapi kesukaran bila bekerja kerana lemah bahasa inggeris, kini terpaksa mengambil kursus khas BI. Apa gunanya lulus peperiksaan akedemik tetapi apabila masuk ke alam pekerjaan sebenar kemampuan komunikasi terbatas, surat2 rasmi hanya untuk didalam negara dan antara jabatan2 kerajaan, bagaimana jikalau kita hendak berhubung dengan sesebuah syarikat atau kerajaan diluar Malaysia ? ada kah kita hanya berligar di Malaysia sahaja ?

Leave a comment

(required)

(required)