Pilihan Raya Permatang Pauh

Hampir separuh daripada sejumlah 58,459 pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sehingga tengah hari ini.

Pilihan Raya Permatang PauhSetakat jam 12 tengah hari, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata 26,914 pengundi atau 42.98 peratus menunaikan tanggungjawab mereka.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata jumlah yang keluar mengundi memberangsangkan tetapi sedikit perlahan berikutan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan mengundi.

Hujan sejak tengah hari di sekitar Permatang Pauh, seperti di Seberang Jaya dan Sama Gagah, dijangka memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi.

Beberapa kawasan lain dilaporkan mendung. Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan hujan berserta ribut petir sehingga petang.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata berikutan kesesakan yang agak teruk ke tempat mengundi terutamanya di Penanti, polis akan mengerahkan anggota tambahan bagi menyuraikan lalu lintas serta melancarkan proses pengundian.

“Keadaan ketika ini terkawal dan kita meminta kerjasama orang ramai supaya mengikut arahan polis bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

Ayub berkata polis turut menahan seorang lelaki kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas di kawasan berhampiran pusat mengundi di sini.

Lelaki berusia 22 tahun dari Jalan Mengkuang, Butterworth itu ditahan ketika polis menyuraikan pergaduhan ekoran provokasi antara dua kumpulan penyokong parti yang bertanding di bawah jejantas Jalan Mengkuang Titi, di sini.

Katanya lelaki itu ditahan menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu kekecohan berlaku di Balai Polis Seberang Jaya, dekat sini, apabila penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa berjaya menahan 150 pengundi hantu dalam tiga bas.

Sekumpulan 20 penyokong PKR terbabit mendakwa mereka menahan tiga bas berkenaan di susur keluar Kulum di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), tengah hari ini yang membawa penumpang warga asing.

Mereka mendakwa bas terbabit setiap satu membawa 50 penumpang warga Indonesia yang mempunyai kad pengenalan dan dikatakan sudah mengundi.

Bas itu kini berada di dalam pekarangan Balai Polis Seberang Jaya dan suasana kecoh apabla ramai penyokong PKR datang ke situ.

Polis termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) dan Unit Udara PDRM sedang memantau keadaan.

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)