Pilihan Raya 2008: Semak Daftar Pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyediakan Pusat Panggilan SPR dengan nombor telefon 03-8885 6600 untuk orang ramai. Pusat panggilan ini boleh dihubungi untuk menyemak samada nama mereka tersenarai dalam Daftar Pemilih yang terbaru.

Pusat Panggilan yang mempunyai 10 talian hunting ini akan beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari. Pusat yang disediakan untuk memudahkan orang ramai ini akan menamatkan operasinya pada pukul 5 petang 8 Mac 2008.

Maklumat yang boleh diperolehi daripada pusat ini ialah kawasan mengundi Parlimen dan negeri pemanggil, pusat mengundi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi. Pemanggil hanya perlu menyatakan nombor kad pengenalan sahaja kepada operator bertugas.

Maklumat yang sama boleh diperolehi melalui laman web Surahanjaya Pilihan Raya di Semak Daftar Pemilih.

Technorati Tags: , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)