Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Apakah nama buku yang sedang anda baca sekarang ini? Adakah anda menjadi ahli kepada mana-mana perpustakaan? Di dalam tempoh setahun berapa banyak buku yang anda baca? Ketika ini tahap gemar membaca di kalangan rakyat Malaysia memang masih rendah.

KL International Book FairSebahagian besar mereka yang kerap membaca adalah para pelajar dan mereka yang akan menghadapi peperiksaan. Hanya segelintir sahaja masyarakat umum Malaysia yang meluangkan masa membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebagai satu amalan harian. Walaupun begitu ada peningkatan sedikit di dalam minat membaca novel terutamanya yang bertemakan cinta.

Sebenarnya minat membaca ini harus dipupuk semenjak kecil lagi agar ia menjadi satu tabiat. Minat ini boleh dipupuk dengan sering mengunjungi kedai buku atau perpustakaan. Malah di rumah juga boleh disediakan satu ruang untuk mengumpul semua bahan bacaan. Apa yang lebih berkesan lagi ialah ibubapa bersama-sama meluangkan masa membaca bersama-sama anak-anak.

Kebetulan pada hujung minggu ini akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur selama 10 hari bermula dari 4 April sehingga 13 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini boleh dijadikan pencetus untuk memulakan minat membaca sekeluarga.

Sepanjang tempoh pesta ini selain pameran dan jualan buku, ada disediakan pelbagai program ilmiah dan aktiviti santai yang berkaitan dengan pembacaan, penulisan dan penerbitan. Di antaranya termasuklah Persidangan Antarabangsa Industri Buku, bengkel penulisan, pelancaran buku, pertandingan bercerita dan melukis, ulasan buku, dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan mengadakan Anugerah NILAM anjurannya.

Pesta ini akan dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dibuka dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma.

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)