Permatang Pauh: Penamaan Calon 16 Ogos Undi 26 Ogos

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh untuk penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh manakala hari pembuangan undi pula ialah 26 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Perjuangan serta kempen mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh akan diteruskan walaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal ditahan pihak berkuasa, kata Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat, Tian Chua.

Menurutnya, Barisan Nasional tidak sekali-kali akan memberi laluan mudah serta membiarkan Anwar menang di kawasan parlimen itu.

Tian Chua turut menyifatkan bahawa pemilihan tarikh membuang undi yang jatuh pada hari Selasa yang merupakan hari bekerja sebagai satu helah untuk menggagalkan usaha Anwar dalam misinya menawan Putrajaya.

“Kebanyakan penduduk tempatan bekerja di luar Pulau Pinang seperti di Kedah, Kuala Lumpur dan Singapura. Penetapan hari mengundi yang jatuh pada hari Selasa bakal menyulitkan pengundi-pengundi untuk keluar membuang undi,” tegasnya.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)