Permatang Pauh: Anwar, Arif Dan Hanafi

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Calon Permatang PauhCalon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan, Dr Mansor Othman yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR telah menarik diri.

Suruhanjaya Pilihanraya menerima lima bantahan tetapi semuanya ditolak.

Pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon ‘simpanan’. Dr Mansor adalah calon ‘simpanan’ PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak. Beliau kehilangan depositnya kerana menarik diri selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

Calon BN - Datuk Arif Shah Omar ShahSementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

Manakala Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Dr Mansor mengemukakan borang pencalonan adalah satu strategi politik.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, parti itu khuatir kertas pencalonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi. Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi pada jam 9.55 pagi.

Calon AKIM - Hanafi HamadCalon AKIM, Hanafi Hamad yakin partinya boleh diterima oleh pengundi di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil kali ini. Beliau berkata, partinya akan membangkitkan isu-isu nasional seperti masalah keselamatan, inflasi, ketidakstabilan politik, perpaduan nasional dan isu ekonomi.

AKIM adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995. Sejak penubuhannya, parti itu telah meletakkan beberapa calonnya bertanding di Kelantan sewaktu pilihanraya umum tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak ‘berperang mulut’.

Penyokong BN melaung ‘liwat tetap liwat’ sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan ‘Altantuya’ dan turut menepuk benteng penghalang.

Calon PKR - Anwar IbrahimJuga kedengaran laungan ‘Samy Vellu undur undur’. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan ‘Kasihan Saiful’ beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan ‘Hidup BN’ oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan ‘Saiful penipu’ dan ‘Tangkap boleh boleh’. Turut kedengaran laungan ‘Najib’ dan disambut dengan jeritan ‘Altantuya’.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi ‘Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu’. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang ‘Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh’, ‘Hidup Umno!!! Hidup BN!!!.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.

Para pengundi di Permatang Pauh akan menentukan wakil mereka ke Parlimen pada hari Selasa 26 Ogos 2008 ini.

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

huh,taktik yg bijak..akim akn tarik undi melayu..anwar tarik semua…tp jgn lupa ada mata memerhati…

Leave a comment

(required)

(required)