Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat Di Kelana Jaya

10,000 Banjiri Stadium MBPJ; Lebuhraya Menuju Kelana Jaya Sesak (Setakat Pukul 4.00)

Kemaskini perkembangan di Stadium MBPJ Kelana Jaya, lebih 10,000 orang berhimpun di padang stadium kecil itu dan kesesakan lalulintas di semua lebuhraya dan laluan menuju Kelana Jaya menunjukkan jumlah tersebut akan berganda menjelang jam 6 petang.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatKetika berita ini ditulis, beberapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat tiba di lokasi Protes Sejuta Rakyat. Kehadiran Naib Presiden KeADILan Azmin Ali dan Naib Presiden Pas Mohammad Sabu menjadi tumpuan pada petang tadi, disambut dengan sorakan dari para hadirin.

Keadaan kekal tenang dan meriah tanpa kehadiran Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Penyelaras Protes Tian Chua, yang juga Ketua Penerangan KeADILan berkata Protes Sejuta Rakyat berjalan dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Kesemuanya bergerak dengan lancar dan aman dan ini menunjukkan kita boleh menguruskan perhimpunan gergasi sebegini dengan tersusun dan cukup berdisplin,” kata Tian Chua.

Program Protes Sejuta Rakyat pada semalam malam akan menampilkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatTian Chua yang juga berada di lokasi protes menambah, para peserta Protes Sejuta Rakyat memberi respon yang sangat baik dan ini menunjukkan bahawa dakwaan perhimpunan aman sebegini boleh mencetuskan huru-hara sudah tidak berkesan.

“Rakyat marah, tetapi rakyat matang. Ugutan pihak berkuasa dan taktik menakut-nakutkan rakyat sudah tidak boleh digunakan lagi, bahkan sepatutnya ia tidak boleh digunakan sama-sekali,” katanya dan beliau optimis sambutan rakyat akan semakin hebat menjelang malam nanti.

Sumber: Suara Keadilan

Protes kesal polis halang orang ramai hadir perhimpunan

Biarpun diberi amaran supaya jangan menghadiri Perhimpunan Sejuta Rakyat yang berlansung di Stadium MPPJ Kelana Jaya hari ini, beserta perbagai sekatan jalan raya dibuat, namun orang ramai terus mengunjungi tempat perhimpunan tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, kira-kira 15,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sudah berada di dalam kawasan stadium dan masih ramai yang baru tiba.

Perhimpunan bermula jam 10.00 pagi tadi tanpa sebarang gangguan daripada pihak keselamatan, khususnya pihak polis.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatSebilangan besar anggota keselamatan kelihatan hanya berjaga-jaga di luar stadium, cuba memastikan orang ramai tidak mengadakan perarakan di jalan raya seperti yang diura-urakan.

Dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran orang ramai, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli yang menganjurkan perhimpunan tersebut berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menghalang orang ramai untuk hadir ke tempat perhimpunan.

Menurutnya, beliau mendapat laporan banyak bas dan kenderaan lain dari seluruh negara yang ingin ke Kelana Jaya telah dihalang perjalanannya oleh pihak polis.

Beliau juga kesal kerana tersebarnya Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan.

SMS tersebut katanya, kononnya bersumber daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang meminta perhimpunan dibatalkan.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatHatta juga turut mengecam pasukan tentera yang bersekongkol dengan pasukan polis, cuba menggagalkan perhimpunan rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak yang dibuat oleh kerajaan secara mendadak dan tidak masuk akal.

Beliau menafikan bahawa perhimpunan tersebut untuk tujuan politik, sebaliknya berkata ia merupakan medan bagi rakyat menyatakan ketidakpuasan hati dan membantah tindakan sembrono kerajaan.

Bagi memastikan perhimpunan hari ini berjalan lancar dan aman, difahamkan lebih 2,000 pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk memantau dan menyelia keadaan.

Pada pukul 2.00 petang nanti, wakil pemuda Pakatan Rakyat akan memberi ceramah berhubung isu semasa membabitkan kenaikan harga minya.

Sementara itu risalah berhubung isu minyak telah diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung ke tempat perhimpunan.

Sumber : HarakahDaily

7000 orang di Stadium MBPJ; Kuala Lumpur dilanda Wabak Merah; Polis beri kerjasama (Setakat pukul 2.00)

Dari 2000 orang pada jam 9 pagi tadi, jumlah perserta Protes Sejuta Rakyat telah bertambah secara mendadak kepada 7000 orang ketika berita ini dikemaskini jam 2 petang. Situasi di Stadium MBPJ Kelana Jaya tenang dengan kerjasama baik dari pihak brekuasa.

Desas-desus mengatakan askar akan dikerah tidak terbukti setakat ini.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatProtes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (Protes) menggemblengkan segenap warga Malaysia yang prihatin dan terkesan dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak. Ia diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti taklimat umum, persembahan muzik dan seni.

Disebelah malam, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Menteri Besar dari lima negeri Pakatan Rakyat dan semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis veteran reformasi akan turun le Stadium MBPJ untuk bersama rakyat.

Protes adalah hasil kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), gerakan sivil, KeADILan, Pas dan DAP. Protes kehadapan dalam mengadakan siri-siri perhimpunan aman membantah kenaikan minyak sejak 2006. Protes komited kepada Artikel 10 Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun di tempat awam. Protes menolak pendekatan ganas.

Perhimpunan Protes Sejuta RakyatKuala Lumpur dan Lebuhraya Persekutuan pagi ini lengang tidak seperti hari Ahad yang biasa di minggu-minggu lain

Polis mengadakan sekatan jalanraya di beberapa kawasan. Lalulintas menghadapi sedikit kesulitan di Gerbang Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Damansara menuju Kelana Jaya, dan Kelana Jaya menuju Damansara.

Selain dari sekatan jalanraya, van-van hitam bercermin gelap kelihatan berbondong-bondong bergerak menuju kearah Petaling Jaya dari Kuala Lumpur. Balai Polis Brickfields juga kelihatan sibuk dengan kehadiran trak dan kenderaan polis yang lebih banyak dari kebiasaan.

Di Brickfields pula dan Plaza Beli-Belah Sungai Wang dan Plaza Bukit Bintang, keadaan ceria dengan wabak merah kelihatan dimana-mana. Orang-ramai berbaju merah terang dan merah gelap, Melayu, Cina, India, orang tua dan muda kelihatan di kedai-kedai dan gerai makan.

Sumber: Suara Keadilan dan Gambar Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

salam aku frust sbb x dpt pergi kena jaga anak tapi aku tetap doa agar ramai yg datang.

aku pun sama mcm mat frust. x dpt turut serta. suami aku x bagi. Dia org kuat BN. takut derhaka terpaksa pendam rasa nak pergi. Selamat berjuang demi negara . Kuasa rakyat kita gunakan sepenuhnya.

[...] he had no huge support from the people from Day 1 of this incident (with the exception of the rally in Kelana Jaya which by the way was a protest against the fuel hike), he cooked up a lot of tactics to disinform [...]

Leave a comment

(required)

(required)