Penjelasan Ustaz Ramlang Porigi Tentang Sumpah Saiful

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ustaz Ramlang PorigiRamlang Porigi menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

“Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angkat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab,” ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam.

Ustaz Ramlang dan SaifulBeliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh “orang atasannya” tetapi sekali lagi enggan menamakannya.

Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.

Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ustaz Ramlang PorigiLatar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh – pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.

Berikut adalah beberapa video yang berkaitan dengan isu ini;
Pengakuan daripada Ustaz Ramlang Porigi
“Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” – Ustaz Ramlang
Imam Ramlang Porigi naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful
Pengakuan Ramlang Porigi di Masjid Perda
Pengakuan Ramlang Porigi Di Permatang Pauh
Ramlang Porigi Dipaksa Saksi

Sumber: MalaysiaKini dan HarakahDaily

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[…] berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya […]

terbukti la sudah ini adalah kerja UMNO terutama najib yg tak abis2 nak jatuhkan parti pakatan rakyat…bersemadi lah UMNO ditahun 2010…al-fatihah……..AMIN

Bila laa agenda kotor UMNO ni berakhir….

najib kata malaysia politik ada demokrasi…
mananya demokrasi???!!!
biar aku bgtahu sikit pasal demokrasi boleh!!!!
demokrasi ni ialah bermaksud adil dan saksama dan rakyat boleh laung kan suara masing2…sama ada nak tukar menteri ke,nak tukar kuasa polis,ke nak tukar apa skalipun boleh…malaysia kita skarang tak de demokrasi langsung!!!!!
satu lg media ni tolol tak habis2…
apa la salah kuar kan berita sebenar,jgn duk terima rasuah kerajaan banyak sgt…yg elok semua kerajaan..yg buruk semua pembangkang….aku rasa kalu media dapat belah pebangkang hancue la BN….. TAMAT LAH RIWAYAT KESAN DEGILL..

51 tahun adalah umur yang dikira sudah tua,kerjanya keluar masuk hospital(kalau kesihatan tak baik).Malaysia 51 tahun., kalau dikira untuk org melayu..,51 tahun ertinya sudah nazak dan tidak boleh bangkit lagi untuk bersaing.Nak tanya kenapa sehingga 51 tahun kita belum dapat bersaing dengan sahabat kita bangsa cina?Pemerintah melayu..,dasar untuk menjaga ekonomi org-org melayu…,kenapa tidak berjaya?.Kenapa bangsa melayu yang kaya tidak tumbuh macam cendawan,kenapa ianya pergi kepada bangsa cina di malaysia?(Ini bukan bermakna kita iri hati dengan kaum cina..),tetapi mana perginya peranan pemerintah untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang melayu?.Tidak kasihan ke pemerintah kepada bangsa mereka sendiri.Kenapa kerajaan tidak ujudkan pecahan supaya monopoli keatas sesuatu tender dan kontrak tidak diberi pada org /syarikat yang sama/syarikat kroni?.Kenapa tidak disenaraikan penerima tender kerajaan?,kenapa tidajk buat pengiliran..?,sebab kebanyakan kontraktor yang telah dapat beberapa kali tender kerajaan..,mereka telah pun boleh berdikari dan tidak perlu lagi kerajaan memberi fokus kepada mereka..,kerajaan kena fokus kepada penender baru,maka dengan cara itu banyak akan melahirkan orang melayu yang kaya dan berdikari..kenapa ini dihalang berlaku?.Dalam keadaan sekarang pemerintah sepatutnya mendengar suara rakyat..,jangan pertahankan idea politik masin-masing..,bahkan terimalah kekalahan dengan hati terbuka..UMNO memang telah kalah,janganlah dipertahankan lagi,terimalah perubahan pemerintahan demi rakyat…

oii rakyat malaysia tolonglah bagi peluang kepada parti pembangkang memerintah negara untuk satu penggal,bagi rakyat malaysia menilai,lihat di nagara lain parti parti politik bertukar ganti,di malaysia ahli politik umno menipu rakyat,sehingga budak sekolah tadikapun tahu dia orang tipu rakyat.orang tak sekolahpun tahu menilai politik bn bapa perdana menteri anakpun nak jadi perdana menteri… bagilah dengan orang lain lagi…

Rakyat malaysia ni dah kena nasi kangkang agaknya..tak tau nak bezakan orang berumur 11 bulan dengan orang berumur 51 tahun.Orang baru kerja 11 bulan macamana?,orang dah kerja 51 tahun macam mana?orang yang kerja 51 tahun tu sepatutnya dah macammana?

pkr baru sebelas bulan (budak sangat)ape umno tak pernah berumur 11 bulan?kalau pkr 51 tahun agaknya macamane malaysia ni.ini dah 51 tahun memerintah langsung tak ada perubahan ekonomi kat melayu.Orang malaysia ni langsung tak mahu berkorban atau langsung tak menghargai/cuba untuk berubah,sayang sekali,politik pun pakai keturunan.sampai tender kerajaan pun tak ada orang biasa yang dapat,ingat kita tak nampak?nak pakai keturunan jugak.memang kesian betul tengok negara aku ni.Talipon pun dah tak berangkat lagi

Leave a comment

(required)

(required)