Pembelian Kapal Selam Scorpene Disiasat

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem, salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan ‘waran geledah antarabangsa’ supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar – syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan bagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja “pentadbiran”.

Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh Menteri Pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak.

Pegawai perundangan Perancis itu mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales).

“Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai ‘waran geledah antarabangsa’ dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia,” kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

“Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini,” tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan ‘ada sesuatu yang hendak disembunyikan”.

Sambil berjenaka, Brehem berkata: “Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya.”

Menurutnya, keputusan untuk menghantar arahan seumpama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Sebelum ini kerajaan Malaysia mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion dolar itu.

AFP yang memetik seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk menyiasat tetapi tidak ada kes.”

Sumber : MalaysiaKini (Susan Loone)

Technorati Tags: , , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[…] This post was mentioned on Twitter by Adi Wangsa, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: Putrawangsa – Pembelian Kapal Selam Scorpene Disiasat: Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang di… http://bit.ly/9GKoqC […]

Leave a comment

(required)

(required)