PAS Percaya Umno Dalang Demo Kepala Lembu

Pemimpin PAS mengulangi dakwaan bahawa penduduk Seksyen 23 Shah Alam – yang mengadakan demostrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka – diupah oleh Umno.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai “orang Islam jadi boneka bukan Islam”.

“Saya menganggap bahawa tindakan kumpulan yang memijak kepala lembu itu, atas niat kerana itu lambang agama Hindu, tuhan agama Hindu, (tindakan) itu menyalahi agama Islam dan melanggar perintah Allah.

“Jadi, saya minta pemimpin Umno yang mengupah mereka ini, yang mengupah kumpulan ini, supaya membuat protes sebegitu, seharusnya merujuk kepada mufti (terlebih dahulu),” katanya.

Jumaat lalu, ahli parlimen Shah Alam – yang turut menjadi sasaran kemarahan penduduk Seksyen 23, selain Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – dilaporkan mendakwa Umno menjadi dalang membantah pembinaan kuil tersebut.

Menjawab tuduhan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun menafikan penglibatan Umno.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi tadi, Mahfuz menyatakan kekesalannya terhadap demonstrasi itu yang didakwanya didorong emosi keterlaluan dan perkauman sempit.

“Kita (dalam) negara demokrasi. Kita boleh buat apa protes sekalipun, (terhadap) apa yang kita tidak setuju. Tetapi mesti protes yang bertamadun dan beretika yang tidak melampaui batas agama,” katanya.

Ahli parlimen Pokok Sena berkata tindakan Umno itu – yang didakwanya mahu menarik kembali sokongan Melayu – akhirnya memberikan kesan negatif apabila ia menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam.

Setakat ini, tambah Mahfuz, tiada ahli PAS dikenal pasti terlibat dalam demonstrasi 50 penduduk dan NGO Melayu di depam bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

“Kemuka nombor kad pengenalan, kita boleh semak (keahlian PAS).

“Jadi dia sendiri tidak boleh kemuka. Sesiapa sahaja boleh dakwa ahli PAS. Jadi, Umno upah, dia kena mengakulah,” cabarnya.

Sumber : MalaysiaKini

Technorati Tags: , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)