Pantun Cari Ganti

Pantun Cari Ganti
karya Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir Berlian disunyai hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Terberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengudur diri

Pergi mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Pantun di atas telah disiarkan dilaman blog Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin. Ulasan mengenai boleh dibaca di MalaysiaKini bawah tajuk Pantun Mufti Perlis Bidas Siapa?

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Pantun ‘Cari Ganti’ Mufti Dibalaih Pemantun Oghang Kampung

Coretan @ Luahan Oleh zublizainordin

Dengaq ceghita ada pantun yang dapat perhatian ghamai laa ni. Oghang Kampung pee cek peghiksa tengok, betoi ada. Penuh ngan makna.

Pada 28 Ogos, 2008, di Blog nya, Minda Mufti, S. S. Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, dikarangnya dan terbitlah 4 rangkap pantun. Perincian dan banyak lagi, di sini.

Tunggu punya tunggu, tak dak yang balaih, di antagha Pak Lah, Anuaq, Najib, atau Ku Li, atau sesiapa yang dok kat keghusi PM, dan siapa yang bakal nak ganti.

Tak dak yang balaih. Kalau ada habaq mai kat Oghang Kampung, noo.

Jadi, tak pa, ni pemantun Oghang Kampung coba trai dan jawab ya.

Pantun 1 Mufti

kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api

Oghang Kampung
Balaih Pantun 1

Indah hidupnya di kota saghat
Berlian banyak dia miliki
Ghugi pun tiada dia tak ngaku pun jahat
Kebencian apa pun dia tak peduli

Pantun 2 Mufti

gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua

Oghang Kampung
Balaih Pantun 2

Ghoti dicanai pekena ngan kaghi
Makan soghang puih sendighi
Biaq pee lah benci sampai berapi
Penghasut dia tingkah bila tiba nanti

Pantun 3 Mufti

anak singa di Pulau Tebrau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 3

Di mana pulau ada keghbau balau
Laghi tebuan dia jeghat nanti
Biaqlah negagha menjadi kacau
Mengundur dighi dia pantang sekali

Pantun 4 Mufti

pergilah mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri

Oghang Kampung
Balaih Pantun 4

Ghesort Mewah lebih seghonok dia mandi
Mata dia cuci jalan dia ghapi
Biaqlah peghompak biaqlah penchughi
Janji dibeghi anak menantu dia kelak pengganti

Ada kawan-kawan pakat sama-sama dok kat kedai kopi Mak Leha kat Cherok nuu, depa satu-satu tanya, siapa dia Mufti dok bidaih.

Kata kawan nan soghang ni, “macam ku kenal akan dia, tapi di mana ya?”

Soghang lagi kawan pulak kata, “Luu pikirlah sendiri”. Eishy! Macam Nabil lah pulak dia ni.

Lepaih itu, Oghang Kampung pun balik ghomah. Bila sampai kat komputer ghiba ni, kelik TranungKite OnLine, maka demikianlah Oghang Kampung balaih pantun Mufti.

Haghap teghima seadanya ya…

Lagi, teghima kasih laa noo siapa yang bacha dan komen tulisan Oghang Kampung had dulu nii.

http://atotalblog.wordpress.com/2008/08/29/a-total-blog-post-19-at-tranungkite-online-leaders-say-kampung-folks-say/

Leave a comment

(required)

(required)