Dasar Automotif Nasional 2010
Sebanyak 18 dasar dan langkah baru yang meliputi pelesenan, duti, insentif, teknologi dan alam sekitar, keselamatan dan standard serta lesen import (AP) diperkenalkan di bawah Kajian Semula Dasar Automotif Nasional (NAP).
Dasar dan dan langkah baru ini diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan ia meliputi:
- Lesen pengilang (ML).
Menarik balik pembekuan lesen pengilang bagi segmen kenderaan mewah 1,800cc dan berharga lebih RM150,000, kenderaan hibrid dan elektrik; pick-up; kenderaan perdagangan dan motosikal 200cc ke atas, mulai tahun depan. - Dasar semasa berhubung pembekuan lesen pengilang bagi aktiviti bina semula kenderaan perdagangan dikekalkan.
- Cukai / Duti.
Duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan. - Penghapusan / Pengurangan berperingkat duti import bagi memenuhi komitmen Afta/ FTA.
Duti import kenderaan CBU negara Asean yang kini adalah lima peratus akan dihapuskan pada 1 Januari 2010, duti import CBU dari negara lain serta duti eksais masih dikekalkan. - Pengecualian cukai ke atas nilai peningkatan eksport bagi kenderaan dan alat ganti / komponen.
Peningkatan pengecualian pada pendapatan statutori pada nilai peningkatan eksport kenderaan, alat ganti dan komponen. Pengecualian pendapatan statutori akan dinaikkan kepada 30 peratus daripada 10 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah dan sehingga 50 peratus daripada 15 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.
Popularity: 3% [?]
Ringkasan Bajet 2010
Berikut adalah ringkasan kepada Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat tempoh hari;
- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
- Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
- Penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
- Pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
- TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
- Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
- 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
- Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
- Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
- Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Popularity: 3% [?]
Raja Petra Raja Kamaruddin Tidak Dijumpai
Hakim Mahkamah Sesyen melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan kes hasutan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan pihak pendakwaan masih gagal menyempurnakan waran tangkap ke atas penulis blog itu.
Hakim Rozina Ayob berkata mahkamah menjangkakan kes itu yang mula dibicarakan pada tahun lepas akan selesai pada akhir Disember ini.
“Mahkamah jangkakan kes ini akan selesai akhir Disember ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya lapan saksi, tetapi sekarang tangguh lagi, ini dah masuk kali ketiga dan masih tidak dapat menyempurnakannya,” kata Rozina pada prosiding hari ini.
Penangguhan itu kali ketiga selepas sebutan kes itu pada 22 Mei dan 17 Julai tahun ini.
Rozina kemudian menetapkan 11 Nov sebagai tarikh baru.
Terdahulu, ketika ditanya Rozina mengenai usaha polis untuk mengesan Raja Petra, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuff memberitahu bahawa pelbagai usaha telah dijalankan termasuk permohonan penangkapan terhadap tertuduh yang terbabit dalam kes jenayah yang akan dinilai oleh Interpol untuk diserahkan kepada 186 negara untuk mengesan tempat penulis blog itu yang berkemungkinan berada.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
BN Menang Besar Di Bagan Pinang
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.
Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.
Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.
Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.
BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.
Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
Ong Bercuti Selepas EGM MCA
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengambil cuti selama empat hari selepas perwakilan pusat meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti semalam.
Beliau akan bercuti dari hari ini sehingga Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.
Kenyataan itu tidak menyatakan langkah yang akan diambilnya walaupun spekulasi tersebar luas kononnya beliau akan meletakkan jawatan selepas hampir setahun menerajui parti.
“Dato’ Sri Ong Tee Keat akan bercuti dari 11 hingga 14 Oktober. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda,” kata setiausaha akhbarnya Lim Xiu Bin dalam kenyataan itu.
MCA kini tidak mempunyai pemimpin selepas Ong dan pesaingnya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berusaha dikembalikan jawatannya sebagai timbalan presiden parti, ditolak oleh para perwakilan.
Ong, yang juga menteri pengangkutan, tewas tipis dengan perbezaan 14 undi dalam usul undi tidak percaya terhadapnya iaitu mendapat 1,141 undi berbanding 1,155 undi yang tidak menyokongnya.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]




