Siapa Dia Zaid Ibrahim ?

oleh Hishamuddin Rais

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.

Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya begini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 – ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.

Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.

Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 – sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.

Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

BN Diminta Henti Tipu Rakyat Isu Royalti Minyak

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.

“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.

Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , , , , ,

Anwar Tiada Akaun Asing RM3 Billion

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya.

Read the rest of this entry »

Popularity: 2% [?]

Technorati Tags: , , , , , ,

Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Raja Petra

Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

“Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan,” kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.

Read the rest of this entry »

Popularity: 1% [?]

Technorati Tags: , , , ,

Dasar Automotif Nasional 2010

Sebanyak 18 dasar dan langkah baru yang meliputi pelesenan, duti, insentif, teknologi dan alam sekitar, keselamatan dan standard serta lesen import (AP) diperkenalkan di bawah Kajian Semula Dasar Automotif Nasional (NAP).

Dasar dan dan langkah baru ini diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan ia meliputi:

  1. Lesen pengilang (ML).
    Menarik balik pembekuan lesen pengilang bagi segmen kenderaan mewah 1,800cc dan berharga lebih RM150,000, kenderaan hibrid dan elektrik; pick-up; kenderaan perdagangan dan motosikal 200cc ke atas, mulai tahun depan.
  2. Dasar semasa berhubung pembekuan lesen pengilang bagi aktiviti bina semula kenderaan perdagangan dikekalkan.
  3. Cukai / Duti. 
    Duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.
  4. Penghapusan / Pengurangan berperingkat duti import bagi memenuhi komitmen Afta/ FTA. 
    Duti import kenderaan CBU negara Asean yang kini adalah lima peratus akan dihapuskan pada 1 Januari 2010, duti import CBU dari negara lain serta duti eksais masih dikekalkan.
  5. Pengecualian cukai ke atas nilai peningkatan eksport bagi kenderaan dan alat ganti / komponen. 
    Peningkatan pengecualian pada pendapatan statutori pada nilai peningkatan eksport kenderaan, alat ganti dan komponen. Pengecualian pendapatan statutori akan dinaikkan kepada 30 peratus daripada 10 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah dan sehingga 50 peratus daripada 15 peratus bagi barangan yang mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.

  6. Read the rest of this entry »

Popularity: 3% [?]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,