Liwat Saiful: Anwar Diperintah Bela Diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang “berwibawa.”
“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
Saiful Berbohong Dalam Kes Liwat
Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan “berbohong” di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.
Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.
Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.
Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.
Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
DNA Lelaki Y Adalah Anwar
Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar (gambar) ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.
“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.
Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.
Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
Isu Video Seks Anwar Ibrahim
Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.
Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.
Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mahatma Ghandi – bapa kemerdekaan India.
Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]
Harga Petrol, Diesel, LPG dan Gula Naik
Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa Sabtu.
Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.
Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.
Kenyataan itu berkata walaupun mengalami kenaikan, harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand, manakala harga diesel pula ialah RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.
Harga LPG ialah RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula ialah RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.
Read the rest of this entry »
Popularity: 1% [?]





