Olimpik Beijing, Daniel Bego Cipta Rekod Kebangsaan

Daniel Bego mencipta rekod kebangsaan yang baru dalam acara 200 meter gaya bebas apabila mencatat 1:50.92 saat pada saringan 3 acara itu manakala Khoo Cai Lin ‘tenggelam’ pada aksi sulungnya dalam acara 400m gaya bebas wanita di Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Nasional, malam tadi.

Daniel BegoCatatan Daniel itu yang mengatasi rekod lama 1:51.05s yang dilakukannya di Sukma Terengganu, Jun lalu, bagaimanapun gagal untuk membolehkannya mara ke pusingan seterusnya selepas sekadar menduduki tempat keenam daripada tujuh peserta dalam saringan itu.

Dia ketinggalan 1.88s di belakang pemenang saringan itu, Ryan Pini dari Papua New Guinea yang mencatat 1:49.04s diikuti Dominik Straga (Croatia) 1:49.63s dan Radovan Siljevski (Serbia) 1:50.25s.

Biarpun gagal meneruskan kemaraan, aksi dengan rekod baru itu Daniel yang membuat penampilan sulung di Olimpik, sedikit sebanyak melegakan kem pasukan selepas persembahan lesu seorang lagi muka baru negara di pentas utama ini, Lew Yih Wey dalam acara 400m rampaian individu kelmarin.

Selepas ini, Daniel, 19, akan beraksi lagi dalam acara saringan 200m kuak kupu-kupu hari ini dan 100m kuak kupu-kupu pada Khamis ini, manakala Cai Lin, 20, beraksi dalam acara 800m gaya bebas, pada 14 Ogos.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)