Olimpik Beijing, Amirul Pecah Rekod Kebangsaan

Selepas dua tahun terpinggir, badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang kembali ke pentas utama, jelas belum hilang sentuhannya apabila mencipta rekod baru kebangsaan kategori 56kg di Universiti Sains dan Teknologi Beijing, malam tadi.

Amirul Hamizan IbrahimJumlah angkatan keseluruhannya pada 265kg, adalah tiga kilogram lebih berat daripada rekod lama yang dilakukannya di kejohanan kelayakan di Jepun, Mei lalu manakala catatannya pada 121kg untuk snatch dan 144kg untuk clean and jerk sekadar menyamai rekod kebangsaan yang juga miliknya.

Namun, ia tetap tidak mencukupi baginya untuk berada dalam senarai penerima pingat apabila catatan itu hanya membolehkannya berada di tempat kelapan di belakang Wang Shin Yuan dari Taiwan yang mengumpulkan jumlah yang sama tetapi dengan berat badan yang lebih rendah.

“Saya tidak terkejut dengan rekod kebangsaan ini kerana sedar ia dalam jangkauan. Apa yang menjadi buruan utama saya adalah untuk mendapatkan ranking yang lebih tinggi.

“Apapun saya tetap bersyukur kerana berjaya memecahkan rekod itu dengan kelebihan tiga kilogram,” kata Amirul, 27, yang sebelum ini terpaksa menjalani penggantungan dua tahun akibat kesalahan doping.

Amirul hanya berjaya mengangkat 144kg pada percubaan keduanya dalam acara clean and jerk dan gagal dalam cubaannya pada 148kg.

Acara itu dimenangi Ling Qingquan, 17, yang mencatat dua rekod baru remaja dunia dengan jumlah angkatan keseluruhan 292kg, selain 132kg untuk acara snatch.

Pingat perak dimenangi peserta Vietnam, Anh Hoang dengan jumlah keseluruhan 290kg diikuti gangsa oleh Eko Irawan dari Indonesia (288kg).

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

Acara ni dimenangi remaja 17 tahun.
Agak2nya, apa rahsia Ling yer?

Kenapa kita tidak menjelajah makna sebenar sains makanan dan sains sukan..Kalau kita faham dan kerajaan mewartakan bentuk atau patern makanan(mentah dan bermasak)dan makanan tambahan kesihatan,penyelenggraan bahan mentah tumbuhan (sayuran),ikan dan daging,menguatkuasakan penggunaan racun rumpai dalam sektor pertanian,rakyat kita sudah pasti akan dapat mempunyai susuk tubuh sebagaimana athlete barat dan eropah..Kita lihat sendiri rata-rata mereka melebihi 6’tinggi (yang lelaki)5’8″ (yang perempuan).Kita nampak kerdil dari pelbagai segi…

asalamulikom, saya nak tye siapa kah orang pertama mencipta angkat berat & asal usulnya…..

tu saja sye nak taye.

Leave a comment

(required)

(required)