Michael Jackson Meninggal Dunia

Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun.

Michael JacksonNamun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.

Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.

Michael atau dikenali dengan Jacko, disahkan meninggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.

Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.

Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, “Thriller” dan “Billie Jean,” Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.

Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.

Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu ‘black and white’ yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti ‘Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.

Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.

Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album “Thriller” dan “Off the Wall” memberitahu stesen MSNBC: “Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka.”

Sumber – Reuters

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)