Malaysia Today Disekat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan yang jarang-jarang berlaku dengan menyekat laman web berita kontroversi Malaysia Today.

Malaysia Today by Raja Petra“Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak sensitif, tiada batas dan menghasut,” kata ketua pegawai operasi badan itu Mohamed Sharil Tarmizi.

Pada mulanya laman web Malaysia Today tersebut tidak dapat dilayari menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time. Akhir sekali ianya juga tidak dapat dilayari melalui Jaring.

Sekatan SKMM pertama kali diambil terhadap sebuah laman web bukan pornografi.

Bagaimanapun, pengguna Internet boleh melayari laman dengan menaip alamat IP-nya atau menggunakan alamat alternatif; http://mt.harapanmalaysia.com/. Di samping itu boleh juga menggunakan proxy server atau opendns sebagaimana yang dijelas di 3 Ways to Access Blocked “Malaysia Today”.

Pengendali blog popular itu Raja Petra Kamaruddin pula berkata beliau tidak akan memprotes tindakan SKMM itu kerana ia tidak akan didengar.

Minggu lepas rumah beliau diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Raja Petra memberitahu MalaysiaKini bahawa polis kemungkinan memanggilnya memberi keterangan kes itu minggu depan.

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)