Malaysia Negaraku

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, salah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara dengan keluasan 329,847 km². Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina terbahagi kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo oleh Laut China Selatan. Kuala Lumpur adalah ibunegaranya dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaannya.

Semenanjung Tanah Melayu atau Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya dari United Kingdom pada 31 Ogos 1957. Selepas itu bersama-sama Singapura, Sabah dan Sarawak telah melahirkan negara Malaysia pada 16 September 1963. Pada peringkat awal penubuhan Malaysia telah berlaku konfrontasi dengan negara Indonesia yang membantah pembentukkannya. Ini diikuti dengan krisis kaum di Singapura yang membawa kepada terkeluarnya negara itu dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Sementara itu Filipina juga menuntut bahawa Sabah adalah sebahagian daripada negara mereka.

Malaysia terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, WP Labuan, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur..

Penduduk Malaysia mengikut bancian yang dibuat pada tahun 2000 ialah 24,821,286 orang. Manakala setakat bulan Disember 2007 anggaran penduduk Malaysia adalah seramai 27,544,000 orang. Menurut bancian tahun 2000 juga lebih kurang 60.4 peratus penduduk Malaysia menganut agama Islam, 19.2 peratus Buddha, 9.1 peratus Kristain, 6.3 peratus Hindu dan baki 5 lagi merangkumi fahaman-fahaman lain.

Malaysia ditadbir berlandaskan kerajaan parlimen beraja di mana Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Kerajaan dibentuk melalui pilihanraya untuk memilih wakil ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Pilihanraya ini akan diadakan selewat-lewatnya lima tahun sekali.

Parti politik yang paling menonjol iaitu United Malays National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO telah memegang tampuk pemeritahan melalui gabungan dengan parti-parti lain semenjak merdeka. Gabungan kerjasama di antara parti ini telah dikenali sebagai Barisan Nasional mulai tahun 1973. Tiga parti utama Barisan Nasional adalah UMNO, Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC).

Pilihanraya yang terakhir diadakan ialah pada Mac 2004 dengan Barisan Nasional menguasai 92 peratus kerusi di Parlimen.

Begitulah secara ringkas tentang negaraku Malaysia.

Technorati Tags: , , , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)