Laporan Perubatan Saiful Dari Hospital Pusrawi

Raja Petra di blog beliau Malaysia Today telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi yang telah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan beliau mendapati tidak kesan Saiful diliwat.

Hospital PusrawiBerdasarkan maklumat yang terdapat di laporan tersebut Saiful telah diperiksa pada 28 Jun 2008 pukul 2.14 petang, beberapa jam sebelum laporan polis terhadapa Anwar Ibrahim dibuat.

Menurut laporan itu lagi Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman mendapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”. Beliau juga menyatakan Saiful kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Difahamkan Saiful memberitahu yang dia ingin membuat laporan polis, oleh sebab itu Dr Mohamed Osman telah mencadangkan Saiful membuat pemeriksaan perubatan yang kedua di hospital kerajaan. Saiful kemudian telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur membuat pemeriksaan dan laporan polis di sana.

Menurut Raja Petra, Dr Mohamed Osman telah ditahan oleh pihak polis dan diminta untuk mengubah laporan perubatan beliau terhadap Mohd Saiful tetapi enggan berbuat demikian. Ketika ini Dr Mohamed Osman bersama-sama dengan keluarga beliau dikatakan telah menghilangkan diri.

Penulisan asal Raja Petra boleh dibaca di Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar.

Sementara itu timbalan ketua polis negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan doktor terbabit tetapi hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Walaupun begitu Tan Sri Ismail enggan memberi komen tentang laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi kerana siasatan kes ini masih berjalan.

Peguam Saiful, Zamri Idrus memberitahu perkara yang sama kepada The Straits Times bahawa mereka tidak boleh memberi sebarang komen berkenaan laporan perubatan tersebut kerana siasatan kes ini masih berjalan

Azlan Arshad, seorang eksekutif kanan pentadbiran di Hospital Pusrawi berkata melalui temu bual telefon mengesahkan rekod hospital ada mencatatkan Saiful telah diperiksa oleh Dr Mohamed Osman pada pukul 2 petang 28 Jun lalu sebagaimana di dalam laporan perubatan tersebut. Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tentang isi kandungan laporan itu.

Menurut Azlan lagi, Dr Mohamed Osman merupakan seorang pengamal perubatan Myanmar telah mula bertugas di Hospital Pusrawi semenjak tahun lepas dan sekarang sedang bercuti.

Di bawah adalah laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari dari Hospital Puswari tersebut. Sementara itu penerangan yang lebih jelas apa yang dimaksud dengan tulisan tangan di laporan ini boleh dilihat di Penerangan Laporan Perubatan Mohd Saiful Bukhari.
Laporan Perubatan Hospital Pusrawi Mohd Saiful Bukhari (depan)
Laporan Perubatan Hospital Pusrawi Mohd Saiful Bukhari (belakang)

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

no komen!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah terbukti benda tu sebenarnya dibuat buat je demi untuk kepentingan seseorang.Hidup anwar.semoga anda dilindungi yang maha esa

From my clear concious eye, whatever written shows that whoever interpreted the medical report is so dammed stupid, none says like the ways he ellaborate/translate, the doctor exacly write that he advise saiful to go HB to further check what he found out, to ensure sodomised can be ruled out.

dammed Anwar the sodommizer !!!

youth of today break down the wall!

kita ni manusia ada akal,kita kena bijak buat pertimbangan.lihat apa yang telah berlaku:kita tak percaya dengan peguam?,kita tak percaya dengan polis?,kita tak percaya dengan pegawai kerajaan?,kita tak percaya dengan pemimpin (jangan cerita lagi)sekarang kita tak percaya dengan doktor pulak?!dah tu nak percaya dengan siapa..,tolong beritahu aku nak percaya dengan siapa-Pls God don’t create/add any more moran peoples in malaysia…

Anwar ini telah di latih untuk jadi pemimpin yang hebat oleh mahathir,segala ilmu persilatan dan pertempuran,telah diturunkan kecuali ilmu kebal undang-undang.berbeza pemimpin pemimpin lain seperti Dato musa Hitam,Ghafar Baba,Abdullah Ahmad Badawi,Mahathir melatih mereka-mereka ini untuk jadi pengikut setia,supaya dia boleh buat keputusan tanpa ganguan pendapat oleh org no.2 dia..(rakyat nampak ini…)

[…] laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti […]

kami sentiasa bersama kebenaran yg dibawa oleh DSAI!!!
REFORMASI!!!!

hidup anwar..teruskan perjuangan PKR…semoga ALLAH melindugi kamu…ALLAH HUAKBAR

laporan perubatan yg telah diputar belit. PUSRAWI mita rujukke hospital

sudah terbukti saiful bukhari penkianat terbesar di negara malaysia….tuhan tetap sokong pada yg adil dan saksama..apa yg saiful sumpah sebelum ini akan terima balasan dr allah subhanallahitaala…tuggu la seluruh keluarga saiful akan terima akibatnya..baru dia tahu kuasa sehebat mana..

saiful,najib,ketua polis pun semua tak boleh pecaya…kaki duit semua…rakyat dah cerdik tak perlu nak bohong lg..
masuk neraka lah kamu semua..hidup pun tak ade guna.

[…] Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai […]

DSAI datang dari satu institusi keluarga,keburukan DSAI bukan dilihat atau nampak oleh orang lain dahulu(kita)., tetapi oleh isteri dan anak-anak beliau sendiri.Jika DSAI mempunyai perilaku yang tidak baik,isterinya sendiri tentu telah mengambil jalan kehidupannya sendiri.Mustahil juga agaknya seorang isteri itu sanggup bertahan jika tiadanya kepercayaan kepada suami..?Disini saya tidak langsung melihat sebarang ketidak selesaan pada mereka suami isteri,bahkan pasangan ini banyak menjadi contoh kepada sikap yang baik antara isteri dan suami.Kita masih lihat pasangan ini DSAI dan isteri berpimpin tangan.Saya mengaku ramai dari kita tak mampu nak buat macam ini. Kita lihat isteri dan anak-anaknya bertudung,ini kehendak syariah,sekarang ini..,hendak yang sekejap pakai tudung sekejap bukak pun ada,hendak yang tidak bertudung terus pun ada.,sampai kain tudung membelit perut pun ada…Ini adalah gambaran dari institusi mana dia datang,dari institusi keluarga yang ambil berat tentang agama atau dari institusi agama yang janji ada sudahlah…Saya memang tidak berani mengata secara membuta tuli,tetapi saya observe..,perhati dan membuat perbandingan..DSAI pula jika dia ada musuh politik,adalah mustahil musuh politik dia tidak dapat memerangkap dia dalam kes yang besar seperti rasuah,macam yang biasa kita dengar,tetapi pulak atas tuduhan liwat yang mana kesnya tidak ada saksi..kenapa cari satu kes yang tidak ada saksi?,bukankah itu semua menyulitkan .Ini memberi kesimpulan bagi kebanyakan rakyat (pendapat)..,sebenarnya ini bermakna sudah tiada kes untuk dikenakan ke atas beliau..,kes terdesak.Walau bagaimanapun Allah pasti akan menunjukkan keadilan..

what goes around comes around. Allah maha adil

ramai orang yang nama saiful memang tak boleh pakai. Tapi kamu md saiful yang di liwat memang konform tak ble pakai. mohon tanah supaya menelan insan ini. Anwar mu boleh menang di bukit gasntang. tolong rakyat. jangan biar rakyat di tindas

bro jgn kata orang nama saiful ramai yg tak lah pakai… nama takde kaitan dlm kes liwat ni. sikap saiful yg seko ni yg tak leh pakai.. memalukan dan merosakkan orng nama saiful je.. nama hebat saful ( pedang), perangai buruk n lembik.. pui..

Leave a comment

(required)

(required)