Kes Anwar Ke Mahkamah Tinggi Belum Diputuskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak bantahan awal pihak pendakwa dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Anwar Ibrahim SaifulPihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim SM Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Bernama.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku peguam negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata lebam” Anwar pada 1998.

Sumber: Harakah Daily

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)