Keputusan Pilihanraya Umum 2004 Parlimen
Pada Pilihanraya Umum 2004 yang lalu, seramai 418 calon yang mewakili sembilan parti politik dan 31 orang calon Bebas telah bertanding untuk merebut 219 kerusi Dewan Rakyat. Daripada jumlah tersebut hanya calon-calon dari empat buah parti politik dan seorang calon Bebas sahaja yang berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan, iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti KeADILan dan seorang calon Bebas.
Parti-parti yang gagal memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan ialah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK), Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR).
Berikut adalah keputusan jumlah kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum 2004;
| Negeri | BN | PAS | DAP | KeADILan | Bebas | Jumlah |
| Perlis | 3 | 3 | ||||
| Kedah | 14 | 1 | 15 | |||
| Kelantan | 9 | 5 | 14 | |||
| Terengganu | 8 | 8 | ||||
| P.Pinang | 8 | 4 | 1 | 13 | ||
| Perak | 21 | 3 | 24 | |||
| Pahang | 14 | 14 | ||||
| Selangor | 22 | 22 | ||||
| W.P.K.L | 7 | 4 | 11 | |||
| W.P.Putra Jaya | 1 | 1 | ||||
| N.Sembilan | 8 | 8 | ||||
| Melaka | 6 | 6 | ||||
| Johor | 26 | 26 | ||||
| W.P.Labuan | 1 | 1 | ||||
| Sabah | 24 | 1 | 25 | |||
| Sarawak | 27 | 1 | 28 | |||
| Jumlah | 199 | 6 | 12 | 1 | 1 | 219 |
Popularity: 16% [?]
Related posts
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Comments
No comments yet.
Leave a comment