Keputusan Pilihanraya Umum 2004 DUN
Pada Pilihan Raya Umum 2004 telah menyaksikan seramai 1,121 calon bertanding untuk merebut sebanyak 505 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. Mereka ini merupakan calon-calon bagi lapan buah parti politik, termasuk 86 orang calon Bebas.
Walaupun begitu hanya calon-calon dari tiga parti politik dan seorang calon Bebas sahaja, iaitu dari Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan seorang calon Bebas yang berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.
Calon-calon dari Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU), Pertubuhan Kebangsaaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) gagal memenangi sebarang kerusi.
Berikut adalah keputusan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum 2004;
| Negeri | BN | PAS | DAP | Keadilan | Bebas | Jumlah |
| Perlis | 14 | 1 | 15 | |||
| Kedah | 31 | 5 | 36 | |||
| Kelantan | 21 | 24 | 45 | |||
| Terengganu | 28 | 4 | 32 | |||
| P.Pinang | 38 | 1 | 1 | 40 | ||
| Perak | 52 | 7 | 59 | |||
| Pahang | 41 | 1 | 42 | |||
| Selangor | 54 | 2 | 56 | |||
| N.Sembilan | 34 | 2 | 36 | |||
| Melaka | 26 | 2 | 28 | |||
| Johor | 55 | 1 | 56 | |||
| Sabah | 59 | 1 | 60 | |||
| Sarawak* | ||||||
| Jumlah | 453 | 36 | 15 | 1 | 505 |
*Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2006.
Popularity: 8% [?]
Related posts
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







Comments
No comments yet.
Leave a comment