Keputusan Pilihanraya 2008

Pilihan raya ke 12 telah berlangsung hari ini 8 Mac 2008. Pilihan raya kali ini menyediakan sebanyak 222 buah kerusi Parlimen dan 505 buah kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi.

Berikut adalah keputusan Pilihan Raya 2008 setakat pada 9 Mac 2008 pukul 8:30 pagi.

Kerusi Parlimen

Parlimen
Kerusi BN
PAS
DAP
Keadilan
Bebas
Perlis 3 3 - - - -
Kedah 15 4 6 - 5
Kelantan 14 2 9 - 3
Terengganu 8 7 1 - - -
Pulau Pinang 13 2 - 7 4 -
Perak 24 13 2 6 3 -
Pahang 14 12 - - 2 -
Selangor 22 5 4 4 9 -
WP Kuala Lumpur 11 1 1 5 4 -
WP Putrajaya 1 1 - - - -
Negeri Sembilan 8 5 2 0 1 -
Melaka 6 5 - 1 - -
Johor 26 25 - 1 - -
WP Labuan 1 1 - - - -
Sabah 25 22 - 1 - -
Sarawak 31 29 - 1 - -
Jumlah 222 137 25 28 31 0

Kerusi Negeri

Negeri
Kerusi BN
PAS
DAP
Keadilan
Bebas
Perlis 15 5 - - - -
Kedah 36 14 16 1 4 1
Kelantan 45 6 38 - 1 -
Terengganu 32 24 8 - - -
Pulau Pinang 40 11 1 19 9 -
Perak 59 27 6 18 7 -
Pahang 42 37 2 2 - 1
Selangor 56 20 8 13 15 -
WP Kuala Lumpur - - - - - -
WP Putrajaya - - - - - -
Negeri Sembilan 36 21 1 10 4 -
Melaka 28 23 - 5 - -
Johor 56 50 2 4 - -
WP Labuan - - - - - -
Sabah 60 57 - 1 - -
Sarawak - - - - - -
Jumlah 505 304 83 73 40 2

Untuk mengetahui laporan yang lebih terperinci sila rujuk ke Berita Harian – Keputusan Pilihan Raya 2008.

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

hai…
bagi saya PRU 12 kali ini manampakkan perubahan arus dlm politik di Malaysia.saya amat bersetuju dgn keputusan kali ini kerana ini memberikan peluang kepada kerajaan untuk mangbah kualiti pentadbiran mereka.. ;)

Betul… peluang untuk parti pembangkang untuk menunjukkan kemampuan mereka mentadbir negeri dan peluang kerajaan Barisan Nasional membaiki kualiti pemerintahan mereka.

kepada kaum melayu / UMNO,janganlah menakut nakutkan kaum kamu sendiri kerana ini semuanya adalah peringatan drpd Nya.
kaum melayu adalah kaum yang terkuat di nusantara ini jadi inilah masanya kita memperkuatkan barisan dalam memperjuangkan Islam.Melayu takkan hilang Hak jika berterusan memperjuangkan ISLAM
TAKBIR!!

Pilihanraya tahun 2008 ini nampak lebih telus dan mendapat satu iktibar kepada kerajaan untuk memprkasakan lagi pentadbirannya. Peralihan ini bukan bermakna rakya membenci BN tetapi mengejutkan kerajaan yang semakin mengantuk agar terus tidak tertidur dan bangun untuk kebajikan rakyat. Kerajaan untuk rakyat. Jika rakyat tidak dibebani dengan pelbagai masalah, mustahil rakyat akan memilih alternatif lain..

Jadi, janganlah membiarkan rakyat menderita sehingga terpaksa memilih orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika rakyat sejahtera di bawah pemerintahan BN, sudah pasti keputusan sekarang ini tidak akan kekal pada pilihanraya raya akan datang.. Kerajaan sekarang perlu membuat sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin luntur secara berterusan..Kerajaan CEMERLANG, Rakyat GEMILANG, Sokongan TERBILANG.

Apa yang saya nampak dalam PRU 12 ni, orang yang mempunyai dendam (hasad dengki) telah berjaya menambat hati orang ramai. Dendam kesumat ini dicerna sebegitu halus sehingga tersembunyi rapi dalam acuan yang memperjuangkan keadilan (kononnya), tetapi inilah yang menghancurkan bangsa Melayu dan tak berkemungkinan akan menghapuskan “ketuanan” di tanah air sendiri.

Saya tidak menyokong atau menyeterui mana-mana pihak, tetapi saya menyuarakan pendapat secara rasional dari hati kecil saya yang sentiasa mengikuti perkembangan poilitik di negara ini. Kadang-kadang saya termenung dan terkedu sendirian, apalah nasib anak-anak kita 10 atau 20 tahun akan datang?

ya,saya setuju.apa-pa pun islam untuk semua………..

yang penting…melayu bersatu

Yang menang jadi abu..yg kalah jd arang..yg untung mereka yg menang dah tentu ada elaun dan sumber perniagaan..baik PAS ke UMNO ke ADIL ke DAP ke MCA ke MIC ke..yg jelas nafsu serakah mereka dah tertunai..baik BA mahu pun BN..janji tinggal janji..cita2 mereka hanya nak menawan Putrajaya…itu saja..LUBANG DUIT…zaman Rasullulah tak de pun pilihanraya…Yahudi yg cipta pilihanraya..tujuan utk memecah belahkan masyarakat…itu saje..yg kalah akan marah..yg menang akan mengejek-ejek yg kalah..ulama2 pun ikut sama..kerjanya tabur fitnah..guna ayat Al-Quran sewenang-wenangnya..lepas baca ayat Al-Quran..maki hamun org Islam lain..rakyat terikut-ikut..akhirnya bala yg sampai…siapa yg susah kita dan keluarga kita yg susah…renung2kan..kembali kepada ajaran Islam Sejati..Islam Roh..Umat Rasullullah saw..

Klu benar2 nak ikut Rasullullah..buat apa berjuang menubohkan parti..baik UMNO atau PAS..bubar je parti yg ada wujudkan ukhwah Islam spt Nabi Muhammad saw…org kafir perlu patuhi perjanjian Udaibiyah..hak mereka tidak disentuh dan boleh berniaga dan menjalankan aktiviti spt biasa..bubarkan MCA, DAP, MIC dan jaminkan hak mereka..laksanakan hukum hudud dan undang2 Syariah yang tulen…letakkan peranan Ulama2 di tempat yg teratas dan Al-Quran sebagai buku undang-undang yang paling tinggi mertabatnya mengatasi segala undang2 di muka bumi ini..saya CABAR pemimpin UMNO dan Pemimpin PAS…sila perjuangkan Agama WAHYU ini..insyaallah 100 org tentera mampu menumbang 1000 bala tentera kafir…JANJI ALLAH swt…soal judi, arak dan rumah urut di Selangor ,kelantan dan diseluruh negara pun Parti PAS dan UMNO tak boleh selesaikan…inikan pulak nak bawa panji2 Islam…poooooorahhhhhhhhhhhhhhhhhh

Leave a comment

(required)

(required)