Keputusan Kemasukan IPTA Sesi 2008/2009

Seramai 40,184 orang calon dipilih memasuki 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Matrikulasi/Setaraf untuk mengikuti pengajian Ijazah Pertama sesi akademik 2008/2009.

buku universitiDaripada jumlah itu, 24,989 atau 62.19 peratus calon Bumiputera, 12,445 (30.97 peratus) Cina dan 2,750 (6.84 peratus) India.

Sebanyak 61.87 peratus atau 24,862 calon akan mengikuti jurusan sains manakala baki 15,322 atau 38.13 peratus jurusan sastera.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima 67,143 permohonan dengan 53,504 calon memenuhi kelayakan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas serta syarat khas program pengajian.

Daripada jumlah itu, 44,263 permohonan diterima daripada calon Bumiputera, 17,959 calon Cina dan 4,921 calon India.

Pemilihan calon dibuat dengan menggabungkan markah kokurikulum sebanyak 10 peratus yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran serta markah akademik 90 peratus daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran. Kedua-dua markah digabungkan bagi menghasilkan markah merit calon yang diguna pakai bagi pemilihan kemasukan ke IPTA.

Pengumuman mengenai Keputusan Kemasukan IPTA 2008 Lepasan STPM & Setaraf ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi pada sidang media di Putrajaya.

Calon boleh menyemak status permohonan masing-masing mulai 18 June 2008 melalui Talian Khidmat Bantu (helpline) 03-88835848 atau hotline 03-88835858 atau menerusi sistem pesanan ringkas (sms) 32020 atau 32300 atau laman web Kementerian Pengajian Tinggi.

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)