Kenyataan Media Anwar Ibrahim
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
29hb Jun 2008,
SHAH ALAM,
MALAYSIA
Popularity: 14% [?]
Related posts
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
Comments
Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar kerana tidak mahu menjatuhkan hukuman berasaskan kepada kata-kata satu orang sahaja. Namun, Mahkamah Persekutuan mendapati banyak bukti terhadap liwat dalam kes Anwar!! Jangan mudah menafikan Anwar terlibat dengan liwat!!! Jangan mudah nak kata ini fitnah lagi!!
[...] daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu. Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan [...]
aku suka tengok pada logik dan kaitkan pada masa,keadaan,kerasionalan kemudian aku akan cari segala simptom yang berkaitan, dikaitkan dengan itu ini,begitu begini.Dalam kes shyfull ni..,dia sepatutnya bertindak lebih awal dan bukan buat tindakan pada saat ini kerana jika kes ini benar-benar dapat dibuktikan berlaku dan dia membuat lapuran polis lebih awal,dia dilihat sebagai seorang yang bertindak tanpa unsur-unsur politik/lain..dan orang akan melihat bahawa ini satu tindakan yang jujur,tetapi malangnya kerana tidak bijaknya dia atau kerana dia berkawan dengan orang yang tidak bijak, dia telah mengheret bukan lagi diri dia sendiri tetapi,ibu bapa dia,saudara mara dia dan negara dia…ini cerdik ke namanya..penyudahnya..engkau tangung sendri la…kalau kes ini ternyata fitnah lagi haru engkau…kena cari gua lah duduk situ..





Yes, I don’t believe he did it too. Now news and radio station are discussing about this matter too and most of the people doesn’t believe that unless we see the evidence.