Harga Petrol, Diesel, Gas Dan Elektrik Naik

Petrol Dan Diesel

Harga petrol naik sebanyak 78 sen – satu pertambahan besar dari RM1.92 kepada RM2.70. Harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 – naik RM1 berbanding harga sebelum ini sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai 5 Jun 2008.

Kenaikan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus. Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter.

Perdana menteri juga telah mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan. Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai ini diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor. Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai ini akan diberi dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan berkuatkuasa 1 Jun. Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200. Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Subsidi Diesel

Kerajaan juga telah menyelaras subsidi diesel bagi syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan bot dan nelayan. Pada masa ini, operator pengangkutan nelayan dan pemilik bot menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel.

Sebelum ini harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 untuk pemilik bot. Kabinet bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 sen seliter, berkuatkuasa 5 Jun 2008.

Bayaran tunai RM200 sebulan juga akan diberikan kepada setiap pemilik dan pekerja bot rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif akan diberikan kepada pemilik bot pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh bot perikanan yang berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kabinet memutuskan pengusaha penumpang sungai juga diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan.

Gas

Mulai 1 Julai ini juga , harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung akan diubah. Bagi sektor elektrik, harga gas akan dinaikkan dari RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri, yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd akan dinaikkan dari RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 kepada RM32.56 setiap mmBtu.

Harga minyak masak (gas petroleim cecair atau LPG) dan gas asli kenderaan (NGV) tidak akan berubah. Harga bagi LPG ialah RM1.75 setiap kilogram dan harga NGV ialah 63.5 sen setiap liter.

Elektrik

Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan. Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

Manakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kilometer, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi.
Bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

Bagi kategori-kategori lain:

TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar yang dijangkakan akan diadakan tengahari 5 Jun 2008.

Maklumat penuh dan kenyataan media tentang pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, gas dan elektrik ini boleh dibaca di laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Zemanta Pixie

Technorati Tags: , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)