H1N1: 76 lagi gagal dikesan

Kementerian Kesihatan masih mencari 76 penumpang dua penerbangan yang turut membawa dua pelajar yang disahkan dijangkiti wabak influenza A (H1N1).

Timbalan Pengarang Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat berkata mereka harus mengikuti langkah penumpang-penumpang lain yang dikuarantin di rumah dan menghubungi kementerian di talian 03 8881 0200 atau 03 8881 0300 dengan segera.

Daripada jumlah tersebut, tujuh penumpang MAS MH091 dari Newark, Amerika Syarikat pada pagi 13 Mei – yang turut membawa pesakit pertama – belum melaporkan diri kepada kementerian, lapor The Star Online.

Selebihnya penumpang AirAsia AK5358 dari Sepang ke Pulau Pinang pada hari yang sama – turut membawa pesakit kedua, yang pulang dalam penerbangan bersama pesakit pertama.

Mereka yang mengalami tanda-tanda wabak tersebut – seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak – agar segera ke hospital berdekatan.

Jabatan Kesihatan Selangor sedang bekerja keras membantu Kementerian Kesihatan untuk mengesan penumpang MH091 , lapor laman web Utusan Malaysia.

Exco kesihatan negeri Dr Xavier A Jayakumar dilaporkan berkata, empat rakyat tempatan dan empat warga asing beralamat di Selangor gagal dikesan berdasarkan alamat terakhir yang diberikan.

Tambahnya, lapan orang itu daripada jumlah 47 penumpang penerbangan dari Amerika Syarikat itu yang beralamat di Selangor, selebihnya 39 orang sudah berjaya dikenali pasti.

Sementara itu, seorang penumpang wanita penerbangan MH091 yang dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru semalam disahkan negatif virus influenza A (H1N1).

Sumber : MalaysiaKini

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)