Gerakan Pulau Pinang Putus Hubungan Dengan Umno Negeri

Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut. Ini telah diumumkan oleh bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Gambar Dr Koh DikoyakGerakan Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Koh telah membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut.

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Gambar Dr Koh DiturunkanDr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau “sangat tidak gembira” dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Dalam sidang akhbar ringkas di majlis berbuka puasa di Wisma Putra di Putrajaya, Abdullah berkata kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya,” katanya, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad dalam sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.

Perdana Menteri berkata tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

Sidang Akhbar Datuk IsmailDi dalam sidang akhbar yang dimaksudkan itu ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berkata beliau tidak akan memohon maaf dan sanggup menghadapi risikonya. Menurut beliau, ini bukan soal parti tetapi adalah soal maruah dan martabat Melayu serta agama Islam.

Beliau juga berterima kasih kepada badan perhubungan Umno negeri yang telah membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan menyaman wartawan yang didakwa telah sengaja menjadikan isu tersebut begitu sensasi dan kontroversi.

Katanya, tindakan itu juga akan turut diambil terhadap akhbar Sin Chew Daily yang didakwanya sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman.

“Saya telah difahamkan juga bahawa ada akhbar yang telah melaporkan bahawa kononnya saya, di dalam sidang akhbar saya pada 5 September yang lalu, kononnya saya telah menafikan yang saya ada menyatakan bahawa “orang-orang Cina adalah menumpang di negara ini”.

“Ini adalah satu permainan jahat yang mahu merosakkan kredibiliti saya,” katanya.

Ahmad juga mendakwa bahawa beberapa pemimpin Gerakan sengaja mengambil kesempatan dan telah mengembar-gemburkan fakta menjadi isu-isu tersebut lebih nampak perkauman.

Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian “untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai “kambing hitam” dan telah “cuba lari dari hakikat bahawa orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka”.

Dakwanya lagi, keadan menjadi gawat lagi bila pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan serta pemimpin Cina sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.

Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu’ oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.

Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.

Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.

Sumber: MalaysiaKini

Reblog this post [with Zemanta]

Technorati Tags: , , , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

[…] Gerakan Pulau Pinang Putus Hubungan Dengan Umno Negeri by PutraWangsa Share and Enjoy: […]

tak patut aa sampai koyakkan gambar orang……

bila laa nak abis gaduh2?

ganaz toi penyokong dorang nie…si ahmad nie satu..bodoh sombong..cemar nama melayu dan islam…jangan cuba nak jadi hero..Be End.

Leave a comment

(required)

(required)